Friday, March 2, 2012
Menu Sihat - Khasiat Halia Dan Kanser
Halia
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa halia boleh membunuh sel kanser. J. Rebecca Liu adalah pembantu profesor kebidanan dan ginekologi di Universiti Michigan di Ann Arbor yang mempelajari kanser . Beliau berkata, zat yang terkandung dalam Halia memanipulasi sel-sel kanser , untuk bunuh diri dengan mencerna dirinya sendiri. "Dan ini adalah dimelakukan tanpa merugikan sel-sel sihat di sekitarnya. Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Tanaman ini tergolong dalam kategori ubat- ubatan tradisional Melayu yang dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan. Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia manakala dalam masakan pula dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri .
Khasiat Teh Hijau
Antara kebaikan yang kita boleh dapat dalam teh hijau
- Penuh dengan antioksida - dimana boleh menolong mengurangkan lemak2 atau kolestrol dalam badan
- Menjaga tekanan darah
- Merawat batuk
- Menguatkan sistem kekebalan tubuh melawan penyakit
- Kaya dengan EGC (Epigallocatechin) dan GC (Gallocatechin) iaitu antioksida yang kuat serta dapat menolong mencegah dan menghancurkan sel2 kanser
- Mencegah penyakit Kardiovaskular (penyakit jantung dan penyumbat arteri)
- Menghilangkan stress dan menolong mengendurkan saraf
- Boleh mencegah penyakit Demensia dan Amnesia
- Meredakan gangguan seperti tidak boleh tidur dan gelisah
- Kulit menjadi cantik, bersinat, rambut sehat, muda, bintik2 dan sebagainya
- Baik untuk mengubati dan mencegah Osteoporosis (penyakit tulang) dari kereputan dan patah.
Teh hijau juga mempunyai kalsium dan jika sesiapa tidak minum susu kerana rasanya maka bolehlah menggantikan dengan minuman teh hijau.
SIAPA YANG PALING BERISIKO?
Sakit Sendi Osteoartritis.Simptom, Diagnosis Dan Rawatan
Osteorartritis
Sendi Lutut
Artritis merupakan salah satu
daripada masalah-masalah sendi yang paling biasa ditemui. Ia boleh melibatkan
individu-individu dalam pelbagai lingkungan umur. Terdapat berbagai jenis
artritis. Pada dasarnya artritis merupakan penyakit di mana lapisan rawan pada permukaan tulang-tulang sendi menjadi haus,
nipis dan rosak. Ini mendedahkan permukaan tulang menyebabkan geseran antara
permukaan tulang, serta pembentukan ‘duri’ tulang (spur) pada hujung-hujung
tulang.
Tanda-tanda dan
Gejala-gejala Penyakit Osteoartritis
Gejala-gejala yang kerap dialami oleh pesakit adalah seperti sendi
membengkak, sakit panas dan sukar untuk digerakkan.
Aktiviti-aktiviti harian menjadi terbatas seperti mencangkung, melutut, duduk
di atas bangku dan kadang-kadang sakit tersebut menjadi bertambah serius.
Pesakit juga akan merasa sakit dan sukar untuk digerakkan apabila ingin bangun
dari kerusi dan mula berjalan.
Apabila doktor memeriksa sendi anda, tanda-tanda yang didapati adalah
seperti sendi menjadi sakit pabila digerakkan atau disentuh. Terasa geseran dan
bunyi kasar semasa bergerak. Tanda-tanda ini menunjukkan kehilangan lapisan
rawan pada permukaan sendi lutut.
Pemeriksaan dan
Diagnosis
Biasanya, diagnosis dibuat secara klinikal dan berdasarkan daripada
aduan pesakit. Doktor akan cuba memastikan sakit tersebut bukan daripada
diagnosis penyakit yang lain seperti Rheumatoid Artritis, Septic Artritis, dan
sebagainya.
Kemudiannya, X-Ray akan dilakukan untuk melihat sama ada rawan menjadi
semakin nipis atau tidak. X-Ray juga penting sekiranya anda memerlukan
pembedahan penukaran sendi otot.
Rawatan
Osteoartritis
Tujuan utama rawatan adalah untuk mengurangkan rasa sakit dan
memperbaiki fungsi sendi supaya pesakit dapat melakukan aktiviti-aktiviti
harian.
1. Ubahsuai
Aktiviti Harian
Aktiviti-aktiviti harian seperti mencangkung, melutut, duduk atas bangku
rendah, naik dan turun tangga atau apa-apa pergerakan yang memberi beban kepada
sendi lutut harus dikurangkan. Limitkan pergerakan anda dalam satu-satu masa.
Kenal pasti isyarat sakit yang datang dan pastikan anda berhenti melakukan
aktiviti tersebut. Kemudian anda boleh tingkatkan masa secara perlahan-lahan
dan berjadual.
Sebagai contoh, anda ingin menaiki tangga. Dan pada tangga kelima, anda
pasti akan merasa sakit.Maka, apabila sampai di tangga yang keempat, berhenti
untuk seketika dan kemudian teruskan. Lakukan perkara yang sama untuk
aktiviti-aktiviti lain. Rekodkan aktiviti anda. Kemudian dari hari ke hari,
cuba tambahkan bilangan tangga yang anda naiki secara perlahan-lahan dan
konsisten.
Memaksa diri untuk melakukan kerja walaupun berasa sakit hanya akan
menyebabkan rawan anda menjadi semakin nipis dan kesakitan anda akan semakin
bertambah walaupun ubat yang diberikan doktor adalah mencukupi.
2. Rawatan Fizikal
Rawatan dengan menggunakan pek ais amat berguna sekiranya terdapat sakit
sendi lutut yang akut (tiba-tiba). Untuk mengurangkan kekakuan sendi, rawatan
dengan pek panas adalah berkesan. Senaman untuk menguatkan otot hadapan peha
(quadriceps) adalah penting untuk menstabilkan sendi lutut. Pada masa yang
sama, senaman untuk menggerakkan sendi lutut diperlukan untuk mengurankan
kekakuan sendi lutut. Anda boleh menggunakan seperti tongkat, ‘knee brace’
untuk menurangkan beban ke atas sendi lutut tetapi jangan gunakan untuk jangka
masa yang panjang kerana ia akan menyebabkan anda bergantung sepenuhnya dengan
bantuan tersebut.
Rawatan Farmakologi
Ubat-ubat yang boleh digunakan untuk merawat penyakit arthritis sendi
lutut boleh dibahagikan kepada dua kategori. Kategori yang pertama adalah ubat
yang mengurangkan simptom dan tanda-tanda. Kategori yang kedua adalah untuk
mengubah struktur lapisan rawan sendi lutut.
1. Ubat tahan sakit
Ubat-ubat yang digunakan untuk mengurangkan kesakitan termasuk
paracetamol dan tramadol amat biasa digunakan untuk mengurangkan sakit sendi,
terutamanya bagi pesakit yang mempunyai gastritis dan ulser perut. Kegunaan
NSAIDS dan COXIBS akan memburukkan lagi keadaan tersebut.
2. Ubat-ubat
Anti-Inflamasi Bukan Steroids (NSAIDS)
Kumpulan ubat ini adlaah penting untuk mengurangkan komponen inflamasi
penyakit osteoartritis. Pesakit yang kerap hadapi tanda-tanda seperti bengkak
sendi, sakit dan panas sendi perlu dirawati dengan kumpulan ubat anti-inflamasi
ini.
Walaubagaimanapun, ubat-ubat ini boleh menyebabkan gastrik dan
mengganggu fungsi buah pinggang terutamanya di kalangan orang tua. Justeru,
ubat ini patut diberikan pada dos yang minimum dalam jangka masa yang pendek.
3. Penghalang Cox-2
Kumpulan ubat ini bertujuan mengurangkan kesan sampingan ubat
anti-inflamasi NSAIDS. Umpanya Etoricoxib, Celecoxib, Meloxicam adalah
ubat-ubat yang digunakan untuk merawati penyakit artritis dan rheumatism. Ubat
-ubat ini tidak sesuai untuk pesakit-pesakit yang menghidapi penyakit arteri
koronari, angin ahmar serta penyakit alahan pada ubat-ubat ini. Ubat ini juga
patutu diberikan pada dos yang minimum dalam jangka masa paling pendek.
4. Glucosamine
Sulfate
Glucosamine, adalah sebahagian daripada aminomonosaccharide glucosamine
semula jadi yang mempunyai saiz dan berat molekul yang kecil, 179 daltons. Ia
adalah sebahagian daripada lapisan rawan pada permukaan sendi serta cecair
sendi synovium.
Berbagai penyelidikan perubatan telah menunjukkan betapa berkesannya
glucosamine sulfate dalam mengurangkan tanda-tanda sakit serta meningkatkan
pergerakan pada sendi. Penggunaan glucosamin sulfate pada jangka masa panjang
juga dapat mencegah kerosakan struktur rawan pada sendi.
5. Chondroitin
Sulfate
Chondroitin sulfate, sejenis glycosaminoglycan yang mempunyai saiz
molekul yang amat besar, antara 10,000 hingga 40,000 daltons juga digunakan
untuk merawati penyakit sendi 0steoartritis. Bahan ini didaftarkan sebagai
suplemen makanan di Malaysia. Penyelidikan selanjutnya adalah perlu untuk
menunjukkan keberkesanan bahan ini.
Suplemen Makanan,
Herba dan Perubatan Tradisional
Walaupun terdapat berbagai testimoni yang mengatakan betapa bergunanya
suplemen makanan, herba dan perubatan tradisional, terdapat banyak juga pesakit
yang menghadapi kesan-kesan sampingan dengan cara rawatan ini.
Proses pendaftaran suplemen makanan, herba dan perubatan tradisional
adalah berlainan jika dibandingkan dengan pendaftaran ubat. Kawalan keatas
bahan-bahan ini adalah lebih longgar.
Sekiranya anda menerima cara rawatan dengan bahan-bahan tersebut di
atas, anda perlu memberitahu kepada doktor anda untuk mengelakkan kesan-kesan
sampingan yang tidak diingini.
Suntikan Sendi
Dengan Hyaluronic Acid
Hyaluronic acid merupakan sejenis bahan yang terdapat di dalam tisu
synovium sendi. Penggunaan suntikan bahan ini ke dalam sendi amatlah meluas
ntuk mengurangkan kesakitan sendi serta meningkatkan pergerakan sendi. Suntikan
ini diberikan sekali seminggu, ntuk tiga hingga 5 suntikan. Setiap jenis
suntikan hyaluronic acid adalah berbeza dari segi saiz dan berat molekul.
Suntikan ubat ini boleh mengurangkan sakit sendi, memperbaiki pergerakan serta
meningkatkan fungsi-fungsi sendi.
Suntikan Sendi
dengan Steroids
Suntikan sendi dengan ubat corticosteroids digunakan dengan meluas untuk
mengurangkan komponen inflamasi osteoartritis. Ubat ini berkesan selama satu
hingga beberapa bulan. Walaubagaimanapun, penggunaan ubat ini secara berlebihan
boleh membawa kepada pelbagai kesan sampingan. Adalah tidak digalakkan untuk
menggunakan ubat ini lebih daripada tiga suntikan setahun.
Rawatan Pembedahan
1. Pembedahan
artroskopi sendi
Pesakit yang kerap mempunyai masalah bengkak dan inflamasi sendi yang
berulangan akan bermanfaat dengan menggunakan cara rawatan pembedahan
artroskopi. Artroskopi bertujuan untuk memeriksa kerosakan di dalam ruang sendi
umpamanya kerosakan pada meniscus, kerosakan lapisan rawan serta pembentukan
tulang berlebihan (spur) pada hujung tulang. Kerosakan tersebut boleh dicukur,
dibersihkan, serta dibuang dari ruang sendi. Ini bertujuan untuk mengurangkan
proses inflamasi serta kerosakan mekanikal yang selanjutnya.
2. Pembedahan
pertukaran sendi
Pembedahan pertukaran sendi lutut adalah pembedahan pertukaran sendi
yang paling kerap dijalankan. Keputusan pembedahan ini adalah amat
menggalakkan, ramai pesakit dapat kembali kepada fungsi aktiviti harian. Tujuan
utama pembedahan ini ialah menghilangkan kesakitan sendi lutut terutamanya
kepada mereka yang mengalami kesakitan yang teruk, di mana ubat-ubat yang
digunakan tidak lagi memberikan kesan. Pesakit boleh berjalan dengan baik tanpa
bantuan dalam masa sebulan selepas pembedahan. Sendi lutut yang dipasangkan
boleh bertahan lama untuk lima hingga 20 tahun sekiranya dijaga dengan baik.
Kesimpulan
Masalah osteoartritis terutamanya sendi lutut adalah masalah sendi dan
tulang yang paling kerap dijumpai. Pemeriksaan serta rawatan awal adalah amat
penting untuk mencegah kerosakan yang keterlaluan pada permukaan sendi. Rawatan
awal penyakit osteoartritis termasuk kombinasi pelbagai rawatan klinikal yang
ada. Ini bergantung kepada tahap keterukan penyakit bagi setiap individu.
Tips yang berguna
1.
Mendapatkan nasihat daripada pegawai perubatan yang bertauliah.
2.
Beritahu doktor sekiranya anda menggunakan suplemen makanan, herba, dan
perubatan tradisional.
3.
Gunakan jenama ubat yang telah dibuktikan berkesan secara klinikal.
4.
Disebabkan ubat palsu semakin berleluasa dalam pasaran, dapatkan ubat
anda dari pihak yang bertauliah seperti doktor dan farmasi.
Sumber petikan
daripada : http://psipum.org/sakit-sendi-osteoartritis-simptom-diagnosis-dan-rawatan/
Thursday, March 1, 2012
Vitamin B17 Adalah Rawatan Alternatif terbaik!!
Vitamin B17 adalah rawatan alternatif terbaik !
Vit B17 adalah penyelesaian kepada kanser !
Vitamin B17 juga dikenali sebagai Amygdalin atau Laetrile, dijumpai dalam biji benih Aprikot mentah terpilih dan banyak biji benih buah-buahan mentah yang lain dan, diketahui telah membantu berjuta pesakit kanser di seluruh dunia!
Ya, Vitamin B17 digunakan untuk mengubati kanser !
Vitamin B17 adalah sebahagian besar dari Rawatan Alternatif Semulajadi untuk Penyembuhan juga Pencegahan Kanser!
Vitamin B17 adalah subjek kontroversi besar lebih 50 tahun yang lalu apabila beberapa saintis terbaik dunia mendakwa bahawa apabila dimakan, komponen benih menjadikan ia 100% mustahil untuk sel kanser membiak dan juga akan membunuh
kanser yang sedia ada dalam kebanyakan kes.
Syarikat-syarikat farmaseutikal menerkam pada tuntutan ini mengenai
Vitamin B17 dengan serta-merta dan menuntut bahawa menjalankan kajian FDA mengenai
Vitamin B17 . Hasil kajian ini
Vitamin B17 adalah dijumpai dalam buku yang dikenali sebagai Dunia Tanpa
kanser : Story of
Vitamin B17 oleh G. Edward Griffin atau anda mungkin boleh mendapatkan salinan dari perpustakaan.
Biji aprikot yang didakwa sebagai ubat untuk semua jenis kanser lebih 50 tahun yang lalu disorok keberkesanannya kerana kepentingan politik dan dunia farmaseutikal.
Menurut Dr Krebbs bahawa apabila seseorang memakan 7 biji benih Aprikot setiap hari mereka tidak boleh menghidap
kanser , kes yang sama seperti seseorang tidak boleh mendapatkan skurvi jika mereka makan oren setiap hari, atau pellagra jika mereka mempunyai beberapa vitamin B setiap hari. Amalan yang baik untuk semua peringkat umur juga pelbagai penyakit lain.
Tulang Ekor (Coccyx) dan Kebangkitan Manusia
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:
“Dalam tubuh manusia terdapat sebuah
tulang yang tidak akan dimakan tanah selama-lamanya.Dari tulang itulah manusia
akan dibentuk kembali pada hari kiamat kelak. Para sahabat bertanya: “Tulang
apakah itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab: “Itulah tulang ekor.”
- HR Bukhari, An-Nasaii, Abu Dawud,
Ibnu Majah, Ahmad dan Malik.
Tulang ekor (coccyx) adalah tulang terakhir di bahagian bawah tulang belakang. Disebutkan
dalam beberapa hadis bahawa tulang ini adalah asal manusia dan benih dari mana
manusia akan dibangkitkan pada hari kiamat dan bahawa bahagian ini tidak reput
di dalam tanah.
Dari Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Seluruh anggota tubuh manusia akan
musnah dimakan tanah, kecuali TULANG EKOR. Dari tulang itulah manusia akan
dibentuk dan diciptakan kembali.”
Hadis-hadis di atas adalah jelas menerangkan hal ini dan mengandungi
fakta-fakta berikut:
1.
Manusia diciptakan dari tulang ekor.
2.
Tulang ekor tidak akan reput.
3.
Pada hari kiamat, manusia akan dibangkitkan melalui tulang ekor.
Peringkat-Peringkat
Pembentukan Janin
Pembentukan janin bermula apabila sperma bersenyawa dengan ovula.
Ovula yang disenyawa atau zigot terbahagi menjadi 2 sel, dan setiap sel
pula terbahagi menjadi 2 sel yang lain. Pembahagian sel-sel dan pertumbuhannya
berterusan sehingga pembentukan selaput embrio yang mengandungi 2 lapisan:
·
Luaran “Epiblast”: mengandungi cytotrophoblasts melekatkan embrio di
dinding rahim dan membolehkan ia mendapatkan zat-zat makanan dari darah dan
enzim-enzim dari kelenjar dinding rahim.
·
Dalaman “Hypoblast”: Dari mana janin dibentuk dengan Kehendak Allah Yang
Maha Besar.Pada hari ke 15 coretan primitif (primitive streak) terbentuk pada
bahagian dorsal embrio dengan hujung runcingnya disebut sebagai simpulan
primitif (primitive node). Sisi di mana coretan primitif ini muncul dikenali
sebagai bahagian belakang dari ceper embrio (embrio disk). Dari coretan
primitif dan simpulan primituf inilah seluruh tisu-tisu janin dan organ-organ
janin terbentuk seperti berikut:
1.
Ektoderma(Ectoderm): membentuk kulit dan sistem saraf tunjang
2.
Mesoderma(Mesoderm): membentuk saluran pencernaan otot polos, otot-otot
rangka, sistem peredaran, jantung, tulang, sistem seksual dan kencing (kecuali
pundi kencing), tisu-tisu subkutan (subcutaneous tissues), sistem limfatik,
limpa dan korteks.
3.
Endoderma(Endoderm): membentuk lapisan saluran pencernaan dan sistem
pernafasan, organ-organ yang berkait dengan saluran pencernaan (misalnya: hati
dan pankreas), pundi, kelenjar tiroid, saluran pendengaran. Setelah itu,
coretan primitif dan simpulan primitif menjadi menguncup dan berada di zon sakral,
bahagian bawah terakhir tulang belakang, sehingga terbentuk tulang ekor. Oleh
kerana itu, coretan primitif dan simpulan primitif menjadi tulang ekor yang
telah Nabi SAW terangkan kepada kita mengenainya.
Tulang Ekor Tidak
Boleh Reput
Para penyelidik mendapati bahawa pembentukan dan pengaturan sel-sel
janin dan organisasi yang diberikan oleh coretan primitif dan simpulan primitif
dan sebelum pembentukan mereka tidak ada pembezaan sel-sel yang mungkin boleh
terjadi. Salah seorang penyelidik yang terkenal dalam membuktikan hal ini
adalah saintis Jerman Hans Spemann.
Menurut eksperimennya ke atas coretan primitif dan simpulan primitif
dia menemukan bahawa mereka yang mengatur kejadian ini sebagai “Pengatur
utama.” Beliau memotong bahagian dari satu janin dan ditanamkan/disusukkan
dalam satu lagi janin yang berada pada peringkat embrio primer (minggu ketiga
dan minggu keempat). Apa yang mengejutkan ia mengarah kepada pembentukan janin
sekunder dalam tubuh tetamu disebabkan pengaruh dan pengaturan yang diberikan
oleh sel-sel tetamu disekitarnya.
Pada tahun 1931, ketika Spemann
menghancurkan pengatur utama dan menanamnya sekali lagi, kehancuran ini tidak
menjejaskan eksperimen dan sekali lagi, satu embrio sekunder tumbuh. Pada 1933,
Spemann dan saintis lain melakukan percubaan yang sama tetapi pengatur utama
kali ini direbus pula. Sebuah embrio sekunder tumbuh, malah ia menunjukkan
bahawa sel-sel tidak terjejas walau pun ianya direbus. Pada tahun 1935, Spemann
dianugerahkan Hadiah Nobel dalam penemuan Pengatur Utama (Primary Organiser).
Dr. Othman Al-Djilani dan Syaikh Abdul Majid Al-Azzandani melakukan
beberapa eksperimen pada tulang ekor pada bulan Ramadan 1423 di rumah Syeikh
Abdul Majid Al-Azzandani di Sanaa. Salah satu dari lima vertebra tulang ekor
dibakar di atas batu dengan menggunakan semburan gas api selama 10 minit hingga
ke tahap pembakaran sepenuhnya (iaitu tulang menjadi merah kemudian hitam).
Mereka meletakkan kepingan-kepingan arang ini dalam kotak yang disterilkan dan
membawanya ke makmal analisis yang paling terkenal di Sanaa (makmal Al-Olaki).
Dr. Al-Olaki,
seorang pensyarah histologi dan patologi di Universiti Sanaa, menganalisis
kepingan-kepingan ini dan mendapati bahawa sel-sel dari jaringan tulang ekor
itu tidak terjejas dan terselamat dari pembakaran (hanya otot, tisu-tisu lemak
dan sel-sel tulang sumsum yang terbakar sedangkan pada sel-sel tulang ekor
langsung tidak terjejas).
Kecacatan
Pembentukan Janin Bukti Tulang Ekor Mengandungi Sel-Sel Ibu untuk Semua
Rangkaian Tisu Manusia
Pembentukan janin adalah dari coretan primitif dan simpulan primitif,
yang berada pada tulang belakang terakhir sakrum (tulang ekor) dan masih
mengekalkan ciri-ciri mereka. Jika sekiranya bahagian ini terangsang, mereka
mulai tumbuh sama dengan seperti pertumbuhan janin dan menjadi tumor (teratoma)
yang menyerupai sebuah janin yang cacat dengan beberapa organ terbentuk
sempurna (tangan atau kaki dengan kuku). Oleh kerana itu sakrum memang
mengandungi sel-sel ibu dan apa yang Nabi SAW bersabda tentang kebangkitan
manusia dari tulang ekor mereka pada hari kiamat telah dibuktikan.
Kesimpulan: tulang ekor yang mengandungi coretan primitif dan simpulan
primitif serta mereka dapat tumbuh memberikan tiga lapisan yang membentuk
janin: ektoderma, mesoderma dan endoderma dan sehinggakan boleh membentuk semua
organ. Apabila pakar bedah membedah tumor tersebut mereka menjumpai organ-organ
yang terbentuk sempurna di dalamnya seperti gigi, rambut dan sebagainya.
Oleh yang demikian, maka manusia dapat diciptakan kembali dari tulang
ekor mereka yang mengandungi coretan primitif dan simpulan primitif.
Sumber petikan daripada : http://psipum.org/tulang-ekor-coccyx-dan-kebangkitan-manusia/
8 Pembunuh Ereksi Lelaki
1. Tekanan Perasaan
Minda selalu menjadi zon erogenous yang dilepas pandang. Keseronokan seksual bermula dari minda barulah ke bawah. Tekanan perasaan boleh menekan keinginan anda dan boleh membawa kepada disfungsi erektil. Secara ironiknya, banyak juga ubat-ubat digunakan untuk merawat tekanan perasaan mempunyai kesan sampingan yang menyebabkan keinginan seks anda berkurangan dan sukar untuk mendapat ereksi.
2. Minuman Alkohol
Minuman alkohol secara berterusan mampu mengganggu proses ereksi anda walaupun kesannya hanya sementara.
3. Ubat-ubatan
Beberapa ubat yang biasa digunakan boleh menyebabkan disfungsi erektil. Antaranya adalah ubat darah tinggi, ubat tahan sakit, dan juga anti-depresan. Ubat jalanan seperti amphetamins, kokain dan marijuana juga memberikan masalah seksual.
4. Stres
Ia bukanlah mudah untuk mencapai mood seksual sekiranya anda dibebankan dengan pelbagai kerja dan masalah. Stres boleh melibatkan pelbagai sistem badan termasuklah penis anda. Lakukan perubahan dalam hidup anda dengan sentiasa bersenam, mengamalkan teknik relaksasi, cukup tidur dan berjumpa dengan pakar jika perlu.
5. Marah
Kemarahan menyebabkan aliran darah berkumpul di muka anda tetapi tidak ditempat yang anda perlukan untuk seks. Tambahan, bukannya mudah untuk romantik dalam keadaan anda marah. Walaupun anda memendam kemarahan anda ia juga tidak membantu di dalam aktiviti seksual rumah tangga seharian.
6. Gelisah, bimbang dan risau.
Bimbang tidak dapat melakukan aksi terbaik ketika di ranjang sahaja sudah cukup membunuh ereksi anda. Perasaan risau itu hanya membuatkan anda merasa takut dan mula mengelakkan hubungan intim dengan pasangan. Ia tidak hanya melibatkan aktiviti seksual tetapi ia juga boleh mengganggu perhubungan dengan pasangan anda.
7. Obesiti
Obes juga boleh memberi impak terhadap prestasi seksual anda. Bukan sahaja mengurangkan keyakinan diri, ia juga kurang menghasilkan hormon testosteron, hormon seks anda. Obesiti juga boleh dikaitkan dengan pelbagai penyakit yang lain di mana, arteri yang disalurkan ke penis anda mengeras menyebabkan kurangnya aliran darah ke penis untuk mencapai ereksi.
8. Penyakit
Banyak keadaan penyakit yang memberi kesan kepada otot penis, saraf, aliran darah yang diperlukan untuk mencapai ereksi.
Bagaimana Untuk Mengatasi Masalah Ereksi
Mungkin anda segan untuk berjumpa dengan doktor menceritakan perihal kehidupan seksual anda. Tetapi ia adalah cara terbaik untuk merawat masalah tersebut untuk mencapai keintiman dengan pasangan anda. Doktor anda boleh mengenalpasti apakah punca-punca masalah ereksi dan memberikan solusi kepada anda seperti berhenti merokok, minum alkohol dan juga mengurangkan berat badan. Rawatan lain juga dapat diberikan seperti -ubat-ubatan, rawatan hormon dan juga kaunseling.
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)








.jpg)