Sunday, May 27, 2012

Adakah Muffin Merbahaya???



Mufin Kesan Penyakit Diabetis


Selain memiliki rasa yang lazat, mufin dikenal pasti dapat mengesan diabetis tipe 2. Penelitian terbaru oleh Dr.Michael Traub dari Albert Einstein College of Medicine, Amerika Syarikat, menunjukkan gangguan toleransi glukosa.

Menggunakan 73 wanita berusia 40 hingga 50 tahun sebagai sampel kajian, wanita-wanita itu dikehendaki berpuasa semalaman sebelum dijamu dengan sebiji mufin berperisa jagung, beri biru dan cip coklat sebagai pengganti larutan glukosa yang biasa digunakan.

Hasilnya, lebih separuh daripada wanita-wanita tersebut dikesan mengalami gangguan toleransi glukosa. Jumlah gula dalam darah juga dapat diketahui dengan tepat sama seperti ujian toleransi glukosa oral yang dilakukan ke atas pesakit diabetis selama ini.

Kaedah mengesan diabetis menerusi muffin bukan sahaja jauh lebih murah berbanding larutan glukosa yang biasa digunakan tetapi ia juga cukup efektif dan tidak mendatangkan kesan negative kepada pesakit.



Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment