Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:
“Dalam tubuh manusia terdapat sebuah
tulang yang tidak akan dimakan tanah selama-lamanya.Dari tulang itulah manusia
akan dibentuk kembali pada hari kiamat kelak. Para sahabat bertanya: “Tulang
apakah itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab: “Itulah tulang ekor.”
- HR Bukhari, An-Nasaii, Abu Dawud,
Ibnu Majah, Ahmad dan Malik.
Tulang ekor (coccyx) adalah tulang terakhir di bahagian bawah tulang belakang. Disebutkan
dalam beberapa hadis bahawa tulang ini adalah asal manusia dan benih dari mana
manusia akan dibangkitkan pada hari kiamat dan bahawa bahagian ini tidak reput
di dalam tanah.
Dari Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Seluruh anggota tubuh manusia akan
musnah dimakan tanah, kecuali TULANG EKOR. Dari tulang itulah manusia akan
dibentuk dan diciptakan kembali.”
Hadis-hadis di atas adalah jelas menerangkan hal ini dan mengandungi
fakta-fakta berikut:
1.
Manusia diciptakan dari tulang ekor.
2.
Tulang ekor tidak akan reput.
3.
Pada hari kiamat, manusia akan dibangkitkan melalui tulang ekor.
Peringkat-Peringkat
Pembentukan Janin
Pembentukan janin bermula apabila sperma bersenyawa dengan ovula.
Ovula yang disenyawa atau zigot terbahagi menjadi 2 sel, dan setiap sel
pula terbahagi menjadi 2 sel yang lain. Pembahagian sel-sel dan pertumbuhannya
berterusan sehingga pembentukan selaput embrio yang mengandungi 2 lapisan:
·
Luaran “Epiblast”: mengandungi cytotrophoblasts melekatkan embrio di
dinding rahim dan membolehkan ia mendapatkan zat-zat makanan dari darah dan
enzim-enzim dari kelenjar dinding rahim.
·
Dalaman “Hypoblast”: Dari mana janin dibentuk dengan Kehendak Allah Yang
Maha Besar.Pada hari ke 15 coretan primitif (primitive streak) terbentuk pada
bahagian dorsal embrio dengan hujung runcingnya disebut sebagai simpulan
primitif (primitive node). Sisi di mana coretan primitif ini muncul dikenali
sebagai bahagian belakang dari ceper embrio (embrio disk). Dari coretan
primitif dan simpulan primituf inilah seluruh tisu-tisu janin dan organ-organ
janin terbentuk seperti berikut:
1.
Ektoderma(Ectoderm): membentuk kulit dan sistem saraf tunjang
2.
Mesoderma(Mesoderm): membentuk saluran pencernaan otot polos, otot-otot
rangka, sistem peredaran, jantung, tulang, sistem seksual dan kencing (kecuali
pundi kencing), tisu-tisu subkutan (subcutaneous tissues), sistem limfatik,
limpa dan korteks.
3.
Endoderma(Endoderm): membentuk lapisan saluran pencernaan dan sistem
pernafasan, organ-organ yang berkait dengan saluran pencernaan (misalnya: hati
dan pankreas), pundi, kelenjar tiroid, saluran pendengaran. Setelah itu,
coretan primitif dan simpulan primitif menjadi menguncup dan berada di zon sakral,
bahagian bawah terakhir tulang belakang, sehingga terbentuk tulang ekor. Oleh
kerana itu, coretan primitif dan simpulan primitif menjadi tulang ekor yang
telah Nabi SAW terangkan kepada kita mengenainya.
Tulang Ekor Tidak
Boleh Reput
Para penyelidik mendapati bahawa pembentukan dan pengaturan sel-sel
janin dan organisasi yang diberikan oleh coretan primitif dan simpulan primitif
dan sebelum pembentukan mereka tidak ada pembezaan sel-sel yang mungkin boleh
terjadi. Salah seorang penyelidik yang terkenal dalam membuktikan hal ini
adalah saintis Jerman Hans Spemann.
Menurut eksperimennya ke atas coretan primitif dan simpulan primitif
dia menemukan bahawa mereka yang mengatur kejadian ini sebagai “Pengatur
utama.” Beliau memotong bahagian dari satu janin dan ditanamkan/disusukkan
dalam satu lagi janin yang berada pada peringkat embrio primer (minggu ketiga
dan minggu keempat). Apa yang mengejutkan ia mengarah kepada pembentukan janin
sekunder dalam tubuh tetamu disebabkan pengaruh dan pengaturan yang diberikan
oleh sel-sel tetamu disekitarnya.
Pada tahun 1931, ketika Spemann
menghancurkan pengatur utama dan menanamnya sekali lagi, kehancuran ini tidak
menjejaskan eksperimen dan sekali lagi, satu embrio sekunder tumbuh. Pada 1933,
Spemann dan saintis lain melakukan percubaan yang sama tetapi pengatur utama
kali ini direbus pula. Sebuah embrio sekunder tumbuh, malah ia menunjukkan
bahawa sel-sel tidak terjejas walau pun ianya direbus. Pada tahun 1935, Spemann
dianugerahkan Hadiah Nobel dalam penemuan Pengatur Utama (Primary Organiser).
Dr. Othman Al-Djilani dan Syaikh Abdul Majid Al-Azzandani melakukan
beberapa eksperimen pada tulang ekor pada bulan Ramadan 1423 di rumah Syeikh
Abdul Majid Al-Azzandani di Sanaa. Salah satu dari lima vertebra tulang ekor
dibakar di atas batu dengan menggunakan semburan gas api selama 10 minit hingga
ke tahap pembakaran sepenuhnya (iaitu tulang menjadi merah kemudian hitam).
Mereka meletakkan kepingan-kepingan arang ini dalam kotak yang disterilkan dan
membawanya ke makmal analisis yang paling terkenal di Sanaa (makmal Al-Olaki).
Dr. Al-Olaki,
seorang pensyarah histologi dan patologi di Universiti Sanaa, menganalisis
kepingan-kepingan ini dan mendapati bahawa sel-sel dari jaringan tulang ekor
itu tidak terjejas dan terselamat dari pembakaran (hanya otot, tisu-tisu lemak
dan sel-sel tulang sumsum yang terbakar sedangkan pada sel-sel tulang ekor
langsung tidak terjejas).
Kecacatan
Pembentukan Janin Bukti Tulang Ekor Mengandungi Sel-Sel Ibu untuk Semua
Rangkaian Tisu Manusia
Pembentukan janin adalah dari coretan primitif dan simpulan primitif,
yang berada pada tulang belakang terakhir sakrum (tulang ekor) dan masih
mengekalkan ciri-ciri mereka. Jika sekiranya bahagian ini terangsang, mereka
mulai tumbuh sama dengan seperti pertumbuhan janin dan menjadi tumor (teratoma)
yang menyerupai sebuah janin yang cacat dengan beberapa organ terbentuk
sempurna (tangan atau kaki dengan kuku). Oleh kerana itu sakrum memang
mengandungi sel-sel ibu dan apa yang Nabi SAW bersabda tentang kebangkitan
manusia dari tulang ekor mereka pada hari kiamat telah dibuktikan.
Kesimpulan: tulang ekor yang mengandungi coretan primitif dan simpulan
primitif serta mereka dapat tumbuh memberikan tiga lapisan yang membentuk
janin: ektoderma, mesoderma dan endoderma dan sehinggakan boleh membentuk semua
organ. Apabila pakar bedah membedah tumor tersebut mereka menjumpai organ-organ
yang terbentuk sempurna di dalamnya seperti gigi, rambut dan sebagainya.
Oleh yang demikian, maka manusia dapat diciptakan kembali dari tulang
ekor mereka yang mengandungi coretan primitif dan simpulan primitif.
Sumber petikan daripada : http://psipum.org/tulang-ekor-coccyx-dan-kebangkitan-manusia/
No comments:
Post a Comment