Sunday, May 27, 2012

Lima Jenis Makanan Dalam Senarai Dapur Anda!!



Anda tak perlu pergi jauh untuk mencari cara terbaik yang dapat membantu anda mengelakkan penyakit kronik seperti kanser, strok, dan sebagainya. Pergi sahaja ke pasar raya terdekat dan cari bayam, ikan salmon, bijiran oats, tomato dan juga kekacang. Mudah bukan? Jimat masa, tenaga dan paling peting jimat kos perbelanjaan.


Kajian mendapati, jenis-jenis makanan phytonutrients lebih etektif dan berkesan jika diambil dalam makanan atau diet anda. Jadi, tak perlulah anda bergantung pada bahan suplemen kerana ia bukan makanan tetapi ia lebih kepada pemakanan ( diet). Ketahui kelebihan kelima-lima jenis makanan yang di senaraikan di bawah.



Bayam
Jenis sayuran berdaun hijau gelap ini merupakan sumber utama phytochemical lutein. Menurut Dr. Steven Pratt di dalam bukunya yang berjudul Superfoods RX, sayuran ini merupakan makanan terbaik dalam hidangan anda untuk menghidarkan  katarak mata. Kandungan Lutein yang terdapat di dalam sayuran ini bertindak sebagai perlindungan UV, melindungi mata daripada panahan terus cahaya matahari.

Bagi mereka yang gemar memakan sayuran yang kaya dengan karotena, risiko untuk mendapat penyakit berkaitan perut adalah kurang. Bukan itu sahaja, Mereka juga tidak perlu bimbang tentang penyakit berkaitan kanser seperti paru-paru, prostat atau pun pundi kencing. Jadi elakkan memasak sayuran terutama sayurang hijau ini terlalu lama. Ini kerana ia menyebabkan sayuran ini kehilangan nutrient terbaiknya yang membantu mengelakkan penyakit kronik.



Ikan Salmon
Menurut kajian, pengambilan daging salmon dalam makanan anda merupakan antara diet paling sihat. Ini kerana, daging salmon baik untuk kesihatan jantung. Kandungan asid fatty di dalam daging salmon serta ikan lain seperti halibut, tuna sardine dan mackerel juga baik untuk membantu mengurangkan masalah rheumatoid arthritis dan masalah kulit seperti psoriasis.



Bijiran oat
Jika dibandingkan dengan lain-lain bijiran, bijiran oats mempunyai lebih banyak asid linoleic, vitamin B, vitamin E, protein dan serat yang tinggi. Kajian di kalangan golongan yang mengamalkan diet rendah lemak mendapati, mereka yang  mengambil antara 35 hingga 45 gram oat sehari Berjaya menurunkan jumlah keseluruhan kolesterol di dalam badannya sehingga lebih daripada 3 peratus jika dibandingkan dengan mereka yang tidak memakan oat ini. Lebih mengejutkan, mereka juga Berjaya menurunkan 14 peratus kolesterol ‘jahat’ di dalam badan mereka yang mengamalkan pengambilan oat. Namun, hati-hati dengan oat ‘segera’ kerana ia mengandungi lebih banyak gula dan tidak sihat untuk diet anda.




Tomato
Tomato pula merupakan sumber terbaik lycopene, iaitu sejenis anti-oksida yang berpotensi mengurangkan risiko penyakit jantung kepda anda yang mengamalkannya. Jika membeli tomato, pilih tomato yang mempunyai bentuk dan warna yang paling merah sekali kerana ia mencerminkan kandungan lycopene yang terdapat di dalamnya. Lebih merah tomato anda, lebih banyak kandungan lycopene yang terdapat di dalamnya.

Tomato juga mempunyai anti- oksida vitamin A, C dan E. Perlu diingat, walaupun tomato segar baik untuk anda, tetapi memasaknya member lebih banyak faedah kepada kesihatan anda. Tomato yang dimasak meningkatkan kebolehan tubuh anda menyerap lebih banyak kandungan lycopene yang terdapat di dalam tomato tersebut.



Kekacang
Makanan jenis kekacang amat diminati. Memakan kekacang beberapa kali seminggu mengurangkan risiko menghidap penyakit jantung kepada lebih 39 peratus. Ini kerana, kekacang mempunyai lebih banyak magnesium, protein dan vitamin seperti vitamin B dan E. Menurut Jaclyn Reutens, ahli dietetic bertauliah, kekacang mengandungi monounsaturated fat yang boleh meningkatkan kandungan lemak ‘baik’ di dalam tubuh anda.

 Kekacang seperti badam, dan kacang hazel kaya dengan vitamin E, manakala kacang Brazil mengandungi selenium, kacang pecan pula mengandungi asid ellagic, yang mana ia adalah anti-oksida amat penting untuk melawan penyakit kanser. Gajus dan kacang pistasio mengandungi potassium yang tinggi untuk mengawal tekanan darah manakala walnut pula mempunyai kandungan asid Omega 3 yang tinggi. Jangan silap! Kekacang mempunyai kandungan kalori yang tinggi, tetapi ia bebas daripada lemak. Jangan takut untuk memakan sedikit kekacang di dalam  diet anda.








Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment