Main Hula Hoop bakar kalori
Sebaiknya gunakan kasut olahraga agar kaki dapat menampung berat badan dengan baik. Jangan lupa iringi aktivti hula hoop anda dengan muzik ceria agar anda bersemangat dan seronok untuk melakukannya...
Ramai wanita yang memandang permainan hula hoop agak memalukan. Namun, di sebalik permainan yang memerlukan kekuatan pingggang dan pinggul ini ( seperti bergelek) sebenarnya amat efektif untuk membakar kalori di dalam tubuh. Hula hoop ini ternyata bukan sekadar memiliki fungsi sebagau hiburan, tetapi juga untuk kesihatan tubuh badan.
Jika membakar kalori dengan olahraga rutin sahaja kerap sekali membuat ramai orang menggeleng, apatah lagi jika perlu memasukan olahraga berat di dalam adegan harian mereka. Rasanya, tentu sukar sekali untuk diteruskan.
Seharusnya, olahraga bukanlah dilakukan dengan aktiviti yang berat. Olahraga yang baik sebenarnya dilakukan secara rutin dalam keadaan yang menyenangkan sehingga anda tidak mudah bosan untuk menjalaninya, apatah lagi untuk meninggalkannya.
Lingkaran bulatan yang biasa diperbuat daripada rotan atau plastik ini amat berkesan untuk membakar 600 kalori melalui permainan hula hoop. Pilih diameter yang sesuai dengan tubuh anda, sehingga membuat anda mudah untuk bergerak atur pernafasan dengan baik, tarik dan hembuskan secara teratur. Jika anda sudah makan, sebaiknya lakukan permainan ini sejam selepas anda makan.
Gunakan pakaian senam yang boleh menyerap peluh. Sebaiknya gunakan kasur olahraga agar kaki dapar menampung berat badan dengan baik. Jangan lupa iringo aktiviti hula hoop anda dengan muzik ceria agar anda bersemangat dan berasa seronok untuk melakukannya.
Tip Hula Hoop
- Jangan gunakan hula hoop jenis permainan.
- Hula hoop permainan hanya sesuai untuk kanak-kanak dan bukan untuk orang dewasa. Saiz hula hoop yang kecil sukar untuk diputar malah semakin besar lingkaran hula hoop, semakin pelahan putarannya. Oleh itu, jika baru bermula berman hula hoop, tidak disarankan menggunakan hula hoop bersaiz kecil. Apakah saiz yang sesuai? Tegakkan hula hoop di depan anda dan ukuran yang ideal ialah hula hoop berada di antara perut dan dada.
- Putar.
- Pegang hula hoop dan rapatkan ke belakang tubuh anda sementara bahagian di hadapan perut mempunyai ruang dengan hula hoop. Putar hula hoop mengelilingi pinggang yang di tentukan oleh momentum tolakan pada tubuh. Ke mana arah gerakan putaran hula hoop? Ini terserah pada kelesesaan anda sama ada memutar pada putaran arah jarum jam atau sebaliknya.
- Lakukan dengan gembira.
- Hula hoop adalah aktiviti menyeronokkan yang boleh dilakukan oleh semua orang. Lakukannya dengan gembira dan usah menganggap hula hoop beban kepada anda.
- Putaran awal dan akhir.
- Hula hoop dapat dilakukan minimum dua jam selepas makan. Lakukan aktiviti pemanasan sebelum dan sesudah bermain hula hoop. Malah cuba lakukan aktiviti regangan di beberapa bahagian seperti lengan, pinggang, pinggul, bahu, punggung, dan kaki.
- Gaya.
- Letakkan disebelah kaki dihadapan dan badan membongkok pada paras pinggang dan mula putarkan hula hoop. Bagi beberapa orang, cara ini lebih mudah daripada mengerakkan pinggul. Malah anda boleh juga mencuba melebarkan kaki hingga badan membongkok untuk memnutarkan hula hoop. Gaya ini juga efektif untuk membentuk pinggang.
Kebaikan Hula Hoop
v Menguatkan otot sekitar perut dan mengecilkan pinggang.
v Memantapkan bahagian paha dan punggung.
v Membentuk bahagian belakang bawah tubuh.
v Memberi kekuatan dan keseimbangan tubuh.
v Melatih kecerdasan kinestetik iaitu kemampuan mengetahui kemampuan tubuh menggunakan perasaan.
v Memberi keseimbangan tubuh badan.
v Mengurangkan tekanan.
v Meningkatkan kemampuan semua pacaindera secara keseluruhan.
Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/
Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment