Sunday, May 27, 2012

Menu Diet Sihat!!!



Manfaat diet makanan mentah


Bukan hanya menurunkan berat badan, juga menjadikan kulit sihat dan juga awet muda. Tubuh juga lebih sihat, bertenaga, meningkatkan stamina serta menghilangkan bau badan dan mulut. Enzim terpenting dalam makanan mentah keluar ketika makanan dikunyah. Enzim terpenting ini akan rosak atau hilang jika makanan mentah dipanaskan pada suhu 46 hingga 48 darjah selsius.



Diet sihat sesuai dengan jenis darah



Lektin dan protein di dalam pelbagai jenis makanan menghasilkan pengaruh berbeza pada setiap jenis darah. Jika tidak sesuai, lektin menyebabkan pengumpulan sel darah. Menjaga pemakanan sesuai dengan jenis darah dipercayai dapat membantu mengembalikan fungsi sistem tubuh disamping memperbaiki metabolisme tubuh.

7 faktor memperlambatkan proses diet

  1. Mengurangkan jumlah pengambilan makanan
-       Jangan elakkan sarapan pagi dan makan malam. Sarapan penting untuk memberi tenaga sepanjang hari. Juga, mengelakkan pengambilan lemak dan gula berlebihan saat lapar.

  1. Menghadkan makanan tertentu
-       Pengambilan buah dan sayuran saja tanpa sumber karbohidrat dan lemak tidak baik untuk kesihatan. Vitamin dan mineral juga penting bagi remaja. Pilih makanan rendah lemak.

  1. Tidak bersenaman
-       Meningkatkan metabolisme tubuh dan membantu proses pembakarkan lemak dan kalori , berat badan mudah turun.

  1. Kalori terlalu rendah
-       Wanita memerlukan kira-kira 2,000 kalori dan lelaki memerlukan kira-kira 2,500 kalori setiap hari. Jika hanya 1,000 kalori atau kurang, metabolisme rendah dan tubuh mengalami anemia.

  1. Salad bersama mayonis
-       Mayonis mengandungi lemak yang tinggi.

  1. Tidak minum susu
-       Ambil susu rendah lemak berkalsium tinggi setiap hari bagi kekuatan tulang dan lengkapkan nutrisi tubuh.

  1. Berat badan turun secara drastik
-       Sekurang-kurangnya turunkan berat badan satu hingga dua kilogram seminggu. Penurunan berat yang drastik merosakan hati dan ginjal.


Kopi dan diet


Kajian menunjukkan bahawa jika anda mempunyai masalah berat badan, anda perlu mengawal kadar kafein dari kopi. Terlalu banyak kopi akan mendorong pankreas untuk mengeluarkan lebih banyak insulin. Ini akan menurunkan kadar gula darah yang membuatkan anda lapar dan cenderung minum banyak kopi lagi. Minumlah kopi dengan hanya satu atau dua cawan sehari.


Remaja dan diet


Remaja dan perempuan brusia antara 11 hingga 18 tahun memerlukan kira-kira 2200 kalori sehari. Remaja lelaki berusia antara 15 hingga 18 tahun pula memerlukan kira-kira 2,800 sehari. Makin untuk seseorang remaja itu makin ia memerlukan banyak kalori. Berdietlah secara sihat dengan mengamalkan pola pemakanan yang seimbang. Senaman teratur membantu pertumbuhan dan penurunan berat badan secara normal. Lebih banyak beraktiviti membantu penurunan berat badan tanpa perlu mengubah pola pemakanan. Bertemulah dengan doktor atau pakar diet terlebih dahulu.


Tidur tujuh jam sehari



Kajian mendapati mereka yang tidur kurang daripada tujuh jam sehari berisiko memperolehi BMI (indeks massa jisem) lebih besar berbanding mereka yang tidur tujuh jam sehari. US National Health & Nutrition Examination Survey Menjalankan satu kajian terhadap  68 ribu wanita berusia 16 tahun. Hasilnya, kebanyakan responden tidur selama lima jam berbanding tujuh jam. Pengeluaran peluh yang membakar lemak dan cuaca panas membantu menahan nafsu makan.








Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment