Sunday, May 27, 2012

Adakah Kafein Dalam Kopi, Baik Atau Buruk?




Kopi mampu memberi kesan baik kepada yang meminumnya jika ia diambil dengan kadar dan cara yang betul.


AROMA YANG KUAT dan juga rasanya yang sedap menjadikan kopi kegemaran ramai. Enak diminum ketika panas, kopi disediakan dari biji benih yang digoreng dari pokok kopi. Namun kopi adalah satu daripada sumber utaman perangsang kafein dan kebaikan zat kopi juga sering dipertikaikan sama ada untuk menyembuhkan penyakit atau menjadi ancaman kepada kesihatan.

Kopi berasal dari benua Afika dan di tuai secara meluas di Negara tropika dalam lading untuk kegunaan dalaman dan di eksport ke Negara beriklim sederhana malah satu daripada tanaman utaman dunia dan bahan eksport utama bagi sesetengah Negara.

Buah kopi berbentuk bulat atau bujur. Antara jenis-jenis kopi tersebut ialah kopi Leberica paling besar dan tidak mudah gugur, jenis Arabica pula bersaiz sederhana tetapi mmudah gugur jika lewat dipetik manakala buah kopi Robusta pula bersaiz kecil dan mudah gugur. Kopi mengandungi kafein iaitu satu daripada 600 sebatian kimia yang terdapat dalam biji kopi.



Apa itu kafein
Kafein ialah sebatian kimia yang dijumpai secara semulajadi di dalam makanan seperti biji kopi, teh,biji koko,buah kola (Colanitida) dan guarana. Kafien terkenal dengan rasanya yang pahit dan bertindak sebagai perangsang kepada sistem saraf pusat, jantung dan pernafasan. Malah kafein juga bersifat diuretic iaitu boleh di kumuhkan melalui pembuangan air kencing.


Kandungan kafein dalam minuman :

  • Secawan kopi mengandungi 100 hingga 150 miligram kafein.
  • Secawan espresso mengandugi 80 hingga 120 miligram kafein.
  • Secawan teh mengandungi 40 miligram kafein.
  • Satu bar coklat mengandungi 20 hingga 60 miligram kafein.
  • Satu botol minuman bergas mengandungi 40 hingga 60 miligram kafein atau separuh jumlah kafein dalam secawan kopi. 




Kesan sampingan kafein


Jangka pendek

Menurut Dr. J.Mursoch Ritchie dalam ‘The Pharmacological Basis of Therapeutics’ kafein mampu menambah keupayaan berfikir, mengatasi rasa mengantuk dan penat tambah Dr. Ritchie, kandungan kafein dalam secawan kopi mampu meningkatkan degupan jantung, melebarkan pembuluh darah untuk membantu aliran darah bagi menjadikan badan terasa lebih segar.

Manakala kesan negative kafein ialah apabila diserap tubuh secara berlebihan akan menjadikan seseorang itu menjadi cemas, gelisah, cepat marah dan insomnia. Manakala pengambilan kafein dalam jumlah yang banyak menjadikannya bersifat racun bagi tubuh. Kesan lain pula ialah muntah dan demam.


Jangka panjang

Pada tahun 1970-an, pernah dilakukan di Amerika Syarikat pada tikus yang minum 12 hingga 24 cawan kopi sehari, boleh menyebabkan gangguan kehamilan. Namun kesan pada manusia tidak dapat di buktikan dengan jelas.



Kesan kafein pada kesihatan

Ulser – kafein dipercayai boleh mengakibatkan ulser kerana bahan ini merangsang penghasilan asid dalam perut. Jika diambil dalam jumlah yang banyak, boleh mengakibatkan perut yang tidak selesa. Individu yang mengalami masalah ulser, dinasihatkan tidak mengambil kopi kerana akan menyebabkan ulser menjadi teruk.


Masalah Jantung – kafein boleh menyebabkan denyutan jantung tak menentu (cardiac arrhythmia) kepada sesetengah orang. Penghidap sakit jantung dinasihatkan tidak mengambil minuman kafein walau tiada bukti menunjukkan kafein adalah faktor penyebab sakit jantung.


Ketagih – kafein boleh membuatkan seseorang itu menjadi ketagih. Jika seseorang ingin berhenti daripada minum minuman berkafein, mereka boleh mengalami simptom pengunduran ( withdrawal symptoms) seperti sakit kepala. Simptom ini biasa dialami oleh penggemar kopi dan sakit kepala ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa satu hingga lima hari atau sembuh semula dengan meminum kopi kembali atau mengambil ubat. Penggemar kopi yang cuba mengurangkan pengambilan kafein akan mengalami rasa gementar, sakit-sakit, tidak berupaya untuk berkerja, lesu, mengantuk dan sakit kepala.

Bagi membuang tabiat ketagihan kafein bukan mudah namun cuba kurangkan pengambilannya setiap hari. Amalkan juga minum air kosong yang banyak serta jus buah-buahan dalam menu harian.



Kafein dipercayai boleh mengakibatkan ulser kerana bahan ini merangsang penghasilan asid dalam perut


Kebaikan kopi

Kafein dalam kopi mempunyai khasiat tertentu jika diambil pada kadar yang betul antaranya:

  • Mengurangkan kanser usus besar sehingga 25% dibandingkan dengan individu yang tidak minum kopi.
  • Mengurangkan risiko sirosis hati sehingga 80%.
  • Mengurangkan risiko batu hempedu sehingga 45%.
  • Mengurangkan risiko penyakit Parkinson antara 50% hingga 80%.
  • Mengurangkan serangan asma sehingga 25%.




Penemuan terbaru mendapati ekstrak kopi mempunyai sifat antioksida semulajadi dan berupaya menjadi terapi bagi melindungi rambut daripada kerosakan akibat terdedah pada sinaran matahari.

Campuran kopi dalam syampu dikatakan boleh menjadikan rambut lebih lembut, hitam dan berkilat.




Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Post a Comment