Sunday, May 27, 2012

Elak Daripada Jadi Stress!!!



Awas!! Stress Boleh Berjangkit


Apabila rakan sepejabat mengalami sakit mata atau selesema, anda pasti akan menjauhkan diri darinya kerana bimbang diri dijangkiti penyakit serupa. Hal yang sama sebaiknya anda lakukan saat mengetahui teman anda itu mengalami stress.

Ini keran penelitian terbaru daripada University of Hawaii menunjukkan bahawa stress juga boleh berjangkit. Individu didapati berisiko untuk mengalami stress pasif atau second-hand stress, jika duduk bersebelahan dengan individu lain yang sedang stress.

Ketua kajian, Profesor Elaine Hatfield, menjelaskan individu mampu meniru ekspresi, pastur rubuh, suara dan mimic wajah orang lain dalam tempoh singkat sehingga mereka mampu merasakan emosi individu-individu di sekeliling mereka.

Jelasnya lagi, sifat manusia yang mampu menyerap emosi individu di sekeliling mereka membuatkan juga mengalami stress dan mula memfokuskan fikiran pada perkara – perkara negative . lebih serius , bukan hanya sikap negative stress yang mampu diserap tetapi mereka juga cenderung untuk melakukan bahasa tubuh individu stress seperti mengerutkan wajah ketika bercakap .




Sumber petikan daripada  : http://infokanserpayudara.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment