Sunday, May 27, 2012

Masalah penggunaan jari, tangan dan pergelangan tangan!!



Setiap orang sudah pasti mempunyai masalah kecil dengan jari, tangan atau pergelangan tangan mereka. Kebanyakan masa, pergerakan tubuh badan kita tidak menyebabkan  sebarang masalah, tetapi tidak mengejutkan jika gejala-gejala mula terbentuk daripada penggunaan sehariaan atau terlebih guna. Masalah pada jari, tangan atau pergelangan tangan juga boleh muncul daripada kecederaan atau proses semula jadi umur yang semakin meningkat.


Jari, tangan dan pergelangan tangan anda mungkin melecur, rasa letih, sakit, kejang, rasa seperti dicucuk, sejuk atau panas. Mungkin juga anda tidak mampu untuk mennggerakkannya seperti biasa atau disebabkan jari, tangan dan pergelangan tangan tersebut membengkak. Mungkin juga tangan anda telah bertukar warna seperti merah, pucat atau biru. Benjolan mungkin juga  muncul pada pergelangan tangan, tapak tangan atau jari. Rawatan di rumah selalunya dilakukan untuk melegakan gejala-gejala ini.


Apabila jari, tangan dan pergelangan terlebih guna, masalah-masalah berikut mungkin berlaku :

  • Sindrom terowong Carpal (Carpal tunnel) berlaku apabila saraf median, yang berada dari pertengahan tangan ke tapak tangan menjadi tertekan di pergelangan tangan. Saraf median mengawal separuh dari pergerakan ibu jari dan membolehkan ibu jari, jari telunjuk dan setengah dari jari manis merasa sentuhan.
  • Sakit pada tendon merupakan satu gejala untuk tendinosis, satu siri kekoyakan kecil dalam tisu penyambung atau sekeliling tendon. Gejala-gejala biasa dalam kecederaan kecil termasuklah kekuatan dan pergerakan yang semakin kurang pada kawasan yang terkena.
  • Penyakit De Quervain boleh berlaku pada tangan apabila tendon dan sarung tendon pada kawasan ibu jari pergelangan tangan membengkak dan menjadi merah.
  • Sindrom pergerakan berturutan (Repetitive motion syndrome) merupakan terma yang digunakan seperti kesakitan, pembengkakan atau rasa sakit jika tersentuh yang muncul daripada pergerakan berturutan.
  • Kejang penulis (writer’s cramp) muncul bersama penggunaan pergerakan tangan atau jari yang berulang kali seperti penulisan atau menaip.



Masalah tulang, otot atau sendi yang mungkin berlaku pula adalah seperti berikut :

  • Penyakit Dupuytren merupakan penebalan abnormal pada tisu di bawah kulit tapak tangan atau tangan dan sekali sekala pada tapak kaki. Kulit dan tendon yang menebal (fascia) boleh membatasi pergerakan atau penyebabkan jari-jari menjadi membengkok dan sekali gus menyebabkan ia tidak dapat diluruskan.
  • Gangguan pada hujang jari telunjuk atau ibu jari muncul apabila berlakunya pembengkakan pada bahagian tersebut.
  • Sista ganglion merupakn sista kecil yang dipenuhi dengan cecair jernih yang kelihatan seperti benjolan pada tangan dan pergelangan tangan. Ia juga boleh berlaku pada kaki, pergelangan kaki, lutut atau bahu.



Masalah sakit pada jari, tangan dan pergelangan tangan yang mungkin berlaku daripada masalah kesihatan.

  • Rasa seperti dicucuk atau sakit pada jari atau tangan ( terutamanya pada tangan kiri) mungkin menandakan serangan jantung.
  • Diabetis mungkin boleh member perubahan kepada deria rasa dan sentuh tangan. Pengurangan rasa pada tangan merupakan perkara biasa kerana kurangnya edaran darah pada tangan atau memusnahkan saraf pada tangan.
  • Kehamilan boleh menyebabkan kemerahan, kegatalan,pembengkakan,kekejangan atau rasa seperti dicucuk yang selalunya akan hilang selepas bersalin.
  • Osteoarthtitis merupakan kerosakan secara berperingkat pada tisu yang melindungi dan melapik sendi. Ia boleh menyebabkan kekakuan dan kesakitan bila bergerak.
  • Reumatoid arthritis boleh menyebabkan kekakuan dan kesakitan bila bergerak. Seiring masa, kecacatan pada jari boleh muncul.
  • Lupus merupakan penyakit autoimun yang berpanjangan di mana sistem imun menyerang tisu tubuh normal bagaikan seperti mereka adalah bahan asing. Ia boleh menyebabkan sakit sendi.
  • Gout merupakan sakit radang sendi yang menyebabkan sakit akut dan pembengkakan. Ia adalah bentuk arthritis yang terbentuk apabila Kristal asid uric terbentuk di dalam dan sekeliling sendi.
  • Fenomena Raynaud merupakan keadaan di mana sesetengah kawasan tubuh,kebiasaannya jari dan ibu jari kaki mempunyai tindak balas berlebihan pada suhu sejuk atau tekanan emosi. Semasa serangan Raynaud, saluran darah dalam kawasan yang  dijangkiti menjadi rapat, mengehadkan pengaliran darah kepada kulit dengan teruk, menyebabkan kekakuan, rasa seperi dicucuk, pembengkakan dan kesakitan.
  • Jangkitan boleh menyebabkan kesakitan, kemerahan dan pembengkakan yang muncul dengan jaluran merah, kepanasan, demam atau nanah yang mengalir. Jangkitan selalunya menyebabkan rasa merah dan sakit apabila disentuh.
  •  



No comments:

Post a Comment