Pada awalnya, kita dikejutkan dengan berita gempa bumi disusuli dengan tsunami. Kini kita dikejutkan pula dengan letupan reaktor loji nuklear di Fukushima Daiichi.
Penyebaran tablet potassium iodide di utara Jepun menunjukkan betapa takutnya kesan radiasi nuklear hasil letupan reaktor loji nuklear di Fukushima Daiichi yang mana boleh memberikan implikasi kepada kesihatan tubuh badan manusia dan ketakutan itu bukan sahaja dirasai di Jepun sahaja malah negara-negara jiran juga turut merasa impak yang sama.
Pada awal krisis tersebut, hasil sinaran radiasi disebabkan reaktor tersebut dikatakan rendah dan tidak memberikan kesan pada kesihatan. Tetapi, darjah radiasi boleh meningkat dengan mendadak sekiranya mana-mana satu minyak nuklear tersebut melepasi bekas besi yang tebal. Kemungkinan tersebut sendiri merisaukan pihak atasan Jepun pada pagi Isnin tersebut apabila letupan melibatkan reaktor 2.
Dan kesan radioaktif ini memberikan impak 1000 kali ganda lebih besar daripada pengeboman Hiroshima. Perkara ini disahkan oleh Ira Helfand MD merupakan pakar dalam pendedahan radiasi di Leeds, Massachusettes.
Kesan Jangka Panjang
Potassium Iodide yang diberi bertindak sebagai pelindungan terhadap iodin-131, merupakan radioisotop yang berpotensi menyebabkan kanser tiroid dalam jangka masa panjang. Biasanya iodin akan terkumpul di kelenjar tiroid dan dengan pemberian tablet tersebut menghindarkan kelenjar tiroid menggunakan iodin-131 sebagai proses fisiologi badan.
Bukan itu sahaja ya, ada juga bahan-bahan lain hasil letupan reaktor nuklear yang boleh memberikan masalah dan setiap satu bahan tersebut memberikan kesan yang berbeza. Dr Helfand memberitahu, Strontium-90 diserap oleh tulang yang berpotensi menyebabkan kanser tulang dan juga leukemia.
Cesium-137 diserap keseluruh badan terutamanya pada bahagian otot. Plutonium sememangnya adalah bahan toksik dan sekiranya kita menghidunya boleh menyebabkan kanser paru-paru.
Kesan Jangka Pendek
Bukan sahaja melibatkan jangka panjang. Tapi kalau kesan dedahan terlalu tinggi di dalam masa yang singkat, mereka juga boleh mengalami Sindrom Radiasi Akut.
Simptom tipikal yang biasa mereka alami adalah seperti loya, muntah-muntah dan cirit birit. Biasanya simptom tersebut dialami serta merta dan kemudian berkurang dan kembali semula dengan simptom yang lebih kuat seperti hilang selera makan, lemah, demam dan berkemungkinan lebih teruk serangan sawan dan juga koma.
Kebanyakannya apabila tidak sembuh, mereka akan menemui ajal dalam masa beberapa bulan sahaja. Begitu hebat penangan radiasi nuklear ini. Berdasarkan Pengawalan penyakit dan Pencegahan di US, mereka mengatakan kematian adalah disebabkan rosaknya tulang sum-sum yang menyebabkan terdedahnya pada jangkitan kuman dan juga pendarahan dalaman.
Kesan Pada Kulit
Radiasi ini juga boleh melibatkan kesan pada kulit. Mereka akan mengalami kegatalan, kemerah-merahan, bengkak dan ia boleh berlaku dalam masa yang singkat, berjam, berhari mahupun berminggu selepas terkena kesan radiasi tersebut.
Dan sebagai pencegahan, pihak Jepun telah memindahkan lebih 180 000 rakyat mereka yang tinggal berdekatan dengan kawasan letupan tersebut ke tempat yang lebih selamat. Dengan bantuan angin yang bertiup ke arah lautan pasifik, bahan radioaktif tersebut dapat dikurangkan.
Anda tidak perlu risau sekiranya anda tinggal di Malaysia, kerana bahan radioaktif ini bersifat sama seperti asap-asap. Bila mana asap bergerak lebih jauh semakin berkurang asap tersebut kerana telah meresap bersama-sama dengan molekul udara.
Cuma apa yang merisaukan kita apabila bahan radioaktif ini meresap ke dalam makanan. Makanya, sekiranya anda membaca akhbar, kerajaan kita sudahpun mengambil langkah proaktif untuk tidak mengimport bahan-bahan makanan dari Jepun.
Sumber petikan daripada : http://psipum.org/kesan-radiasi-bahan-radioaktif-nuklear-terhadap-kesihatan-tubuh-badan/
No comments:
Post a Comment