Jangan Hidupkan AIRCOND Sebaik Menaiki Kereta
Ketika anda memasuki kereta anda janganlah sesekali menghidupkan terus aircond. Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan komponen-komponen di dalam kereta seperti dashboard, sofa, pewangi udara akan menghasilkan Benzene, iaitu sejenistoksin yang boleh menyebabkan kanser.
Toksin itu adalah carcinogen. Ia dapat diketahui dengan bau yang keluar daripada haba bahan-bahan plastikdi dalam kereta. Selain daripada
kanser , ia boleh menjadi racun untuk merosakkan tulang. Kesannya adalahanemia serta mengurangkan sel darah putih. Boleh menyebabkan Leukemia dan menjadi puncakeguguran bayi dalam kandungan jika ianya berlarutan.
Benzene yang terdedah telah ditetapkan kadar yang diluluskan iaitu 50 mg untuk setiap kaki persegi. Kereta jika diletakkan di kawasan yang berbumbung dengan tingkap tertutup dapat menghasilkan 400 ke 800 mg Benzene. Oleh itu, jika kereta diletakkan di kawasan yang terdedah serta tingkap yang tertutup, tahap Benzene boleh mencapai 2000 ke 4000 mg sekaligus penumpang-penumpang di dalam kereta akan menyedut toksik yang sangat banyak tanpa mereka sedari.
Untuk mengelakkan daripada terjadinya perkara-perkara yang tidak diingini, anda dinasihati untuk membuka tingkap ataupun pintu terlebih dahulu supaya dapat memberikan udara dari dalam keluar. Benzene merupakan sejenis toksik yang boleh merosakkan buah pinggang serta hati dan amat sukar pula bagi sistem tubuh manusia untuk mengeluarkan toksik tersebut dari badan.
No comments:
Post a Comment