Wednesday, March 7, 2012

Kesan Radiasi Bahan Radioaktif Nuklear Terhadap Kesihatan Tubuh Badan


Pada awalnya, kita dikejutkan dengan berita gempa bumi disusuli dengan tsunami. Kini kita dikejutkan pula dengan letupan reaktor loji nuklear di Fukushima Daiichi.

Penyebaran tablet potassium iodide di utara Jepun menunjukkan betapa takutnya kesan radiasi nuklear hasil letupan reaktor loji nuklear di Fukushima Daiichi yang mana boleh memberikan implikasi kepada kesihatan tubuh badan manusia dan ketakutan itu bukan sahaja dirasai di Jepun sahaja malah negara-negara jiran juga turut merasa impak yang sama.
Pada awal krisis tersebut, hasil sinaran radiasi disebabkan reaktor tersebut dikatakan rendah dan tidak memberikan kesan pada kesihatan. Tetapi, darjah radiasi boleh meningkat dengan mendadak sekiranya mana-mana satu minyak nuklear tersebut melepasi bekas besi yang tebal. Kemungkinan tersebut sendiri merisaukan pihak atasan Jepun pada pagi Isnin tersebut apabila letupan melibatkan reaktor 2.
Dan kesan radioaktif ini memberikan impak 1000 kali ganda lebih besar daripada pengeboman Hiroshima. Perkara ini disahkan oleh Ira Helfand MD merupakan pakar dalam pendedahan radiasi di Leeds, Massachusettes.
Kesan Jangka Panjang
Potassium Iodide yang diberi bertindak sebagai pelindungan terhadap iodin-131, merupakan radioisotop yang berpotensi menyebabkan kanser tiroid dalam jangka masa panjang. Biasanya iodin akan terkumpul di kelenjar tiroid dan dengan pemberian tablet tersebut menghindarkan kelenjar tiroid menggunakan iodin-131 sebagai proses fisiologi badan.
Bukan itu sahaja ya, ada juga bahan-bahan lain hasil letupan reaktor nuklear yang boleh memberikan masalah dan setiap satu bahan tersebut memberikan kesan yang berbeza. Dr Helfand memberitahu, Strontium-90 diserap oleh tulang yang berpotensi menyebabkan kanser tulang dan juga leukemia.
Cesium-137 diserap keseluruh badan terutamanya pada bahagian otot. Plutonium sememangnya adalah bahan toksik dan sekiranya kita menghidunya boleh menyebabkan kanser paru-paru.
Kesan Jangka Pendek
Bukan sahaja melibatkan jangka panjang. Tapi kalau kesan dedahan terlalu tinggi di dalam masa yang singkat, mereka juga boleh mengalami Sindrom Radiasi Akut.
Simptom tipikal yang biasa mereka alami adalah seperti loya, muntah-muntah dan cirit birit. Biasanya simptom tersebut dialami serta merta dan kemudian berkurang dan kembali semula dengan simptom yang lebih kuat seperti hilang selera makan, lemah, demam dan berkemungkinan lebih teruk serangan sawan dan juga koma.
Kebanyakannya apabila tidak sembuh, mereka akan menemui ajal dalam masa beberapa bulan sahaja. Begitu hebat penangan radiasi nuklear ini.  Berdasarkan Pengawalan penyakit dan Pencegahan di US, mereka mengatakan kematian adalah disebabkan rosaknya tulang sum-sum yang menyebabkan terdedahnya pada jangkitan kuman dan juga pendarahan dalaman.
Kesan Pada Kulit
Radiasi ini juga boleh melibatkan kesan pada kulit. Mereka akan mengalami kegatalan, kemerah-merahan, bengkak dan ia boleh berlaku dalam masa yang singkat, berjam, berhari mahupun berminggu selepas terkena kesan radiasi tersebut.
Dan sebagai pencegahan, pihak Jepun telah memindahkan lebih 180 000 rakyat mereka yang tinggal berdekatan dengan kawasan letupan tersebut ke tempat yang lebih selamat. Dengan bantuan angin yang bertiup ke arah lautan pasifik, bahan radioaktif tersebut dapat dikurangkan.
Anda tidak perlu risau sekiranya anda tinggal di Malaysia, kerana bahan radioaktif ini bersifat sama seperti asap-asap. Bila mana asap bergerak lebih jauh semakin berkurang asap tersebut kerana telah meresap bersama-sama dengan molekul udara.
Cuma apa yang merisaukan kita apabila bahan radioaktif ini meresap ke dalam makanan. Makanya, sekiranya anda membaca akhbar, kerajaan kita sudahpun mengambil langkah proaktif untuk tidak mengimport bahan-bahan makanan dari Jepun.

Sumber petikan daripada : http://psipum.org/kesan-radiasi-bahan-radioaktif-nuklear-terhadap-kesihatan-tubuh-badan/

Saturday, March 3, 2012

Bahaya AIRCOND Dan KANSER



Jangan Hidupkan AIRCOND Sebaik Menaiki Kereta



Ketika anda memasuki kereta anda janganlah sesekali menghidupkan terus aircond. Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan komponen-komponen di dalam kereta seperti dashboard, sofa, pewangi udara akan menghasilkan Benzene, iaitu sejenistoksin yang boleh menyebabkan kanser.
Toksin itu adalah carcinogen. Ia dapat diketahui dengan bau yang keluar daripada haba bahan-bahan plastikdi dalam kereta. Selain daripada  kanser , ia boleh menjadi racun untuk merosakkan tulang. Kesannya adalahanemia serta mengurangkan sel darah putih.  Boleh menyebabkan Leukemia dan menjadi puncakeguguran bayi dalam kandungan jika ianya berlarutan.


Benzene yang terdedah telah ditetapkan kadar yang diluluskan  iaitu 50 mg untuk setiap kaki persegi. Kereta jika diletakkan di kawasan yang berbumbung dengan tingkap tertutup dapat menghasilkan 400 ke 800 mg Benzene. Oleh itu, jika kereta diletakkan di kawasan yang terdedah serta tingkap yang tertutup, tahap Benzene boleh mencapai 2000 ke 4000 mg sekaligus penumpang-penumpang di dalam kereta akan menyedut toksik yang sangat banyak tanpa mereka sedari.

Untuk mengelakkan daripada terjadinya perkara-perkara yang tidak diingini, anda dinasihati untuk membuka tingkap ataupun pintu terlebih dahulu supaya dapat memberikan udara dari dalam keluar. Benzene merupakan sejenis toksik yang boleh merosakkan buah pinggang serta hati dan amat sukar pula bagi sistem tubuh manusia untuk mengeluarkan toksik tersebut dari badan.

Sumber petikan daripada : http://selangor2u.com/blog/2011/02/jangan-sesekali-menghidupkan-aircond-sebaik-menaiki-kereta/ 

Friday, March 2, 2012

Menu Sihat - Khasiat Halia Dan Kanser



Halia





































Penyelidikan telah menunjukkan bahawa halia boleh membunuh sel kanser. J. Rebecca Liu adalah pembantu profesor kebidanan dan ginekologi di Universiti Michigan di Ann Arbor yang mempelajari  kanser . Beliau berkata, zat yang terkandung dalam Halia memanipulasi sel-sel  kanser , untuk bunuh diri dengan mencerna dirinya sendiri. "Dan ini adalah dimelakukan tanpa merugikan sel-sel sihat di sekitarnya. Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Tanaman ini tergolong dalam kategori ubat- ubatan tradisional Melayu yang dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan. Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia manakala dalam masakan pula dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri .

Khasiat Teh Hijau




Antara kebaikan yang kita boleh dapat dalam teh hijau





  • Penuh dengan antioksida - dimana boleh menolong mengurangkan lemak2 atau kolestrol dalam badan
  • Menjaga tekanan darah 
  • Merawat batuk
  • Menguatkan sistem kekebalan tubuh melawan penyakit
  • Kaya dengan EGC (Epigallocatechin) dan GC (Gallocatechin) iaitu antioksida yang kuat serta dapat menolong mencegah dan menghancurkan sel2 kanser
  • Mencegah penyakit Kardiovaskular (penyakit jantung dan penyumbat arteri)
  • Menghilangkan stress dan menolong mengendurkan saraf
  • Boleh mencegah penyakit Demensia dan Amnesia
  • Meredakan gangguan seperti tidak boleh tidur dan gelisah
  • Kulit menjadi cantik, bersinat, rambut sehat, muda, bintik2 dan sebagainya
  • Baik untuk mengubati dan mencegah Osteoporosis (penyakit tulang) dari kereputan dan patah. 


Teh hijau juga mempunyai kalsium dan jika sesiapa tidak minum susu kerana rasanya maka bolehlah menggantikan dengan minuman teh hijau.

SIAPA YANG PALING BERISIKO?
















































Kanak-kanak dan golongan remaja paling cenderung untuk mengalami masalah ini berbanding golongan dewasa. Untuk golongan muda dan juga lelaki, paling mudah terdedah kepada masalah barah tulang jenis Osteosarcoma. Ia biasa terjadi di hujung tulang. Edwing’s sarcoma pula biasanya terjadi di kalangan mereka berusia antara 10 ke 25 tahun. Ia akan bermula di tengah tulang yang panjang terletak di bahagian atas lengan dan paha. Bagi orang dewasa pula, mereka lebih cenderung untuk mengalami masalah kanser tulang jenis Chondrosarcoma. Barah jenis ini terbentuk di bahagian tisu di sekeliling sendi. Selain itu, golongan juga cukup mudah terdedah kepada giant cell tumor yang berlaku pada tulang.

Sakit Sendi Osteoartritis.Simptom, Diagnosis Dan Rawatan

















Osteorartritis Sendi Lutut
Artritis merupakan salah satu daripada masalah-masalah sendi yang paling biasa ditemui. Ia boleh melibatkan individu-individu dalam pelbagai lingkungan umur. Terdapat berbagai jenis artritis. Pada dasarnya artritis merupakan penyakit di mana lapisan rawan pada permukaan tulang-tulang sendi menjadi haus, nipis dan rosak. Ini mendedahkan permukaan tulang menyebabkan geseran antara permukaan tulang, serta pembentukan ‘duri’ tulang (spur) pada hujung-hujung tulang.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala Penyakit Osteoartritis
Gejala-gejala yang kerap dialami oleh pesakit adalah seperti sendi membengkak, sakit panas dan sukar untuk digerakkan.
Aktiviti-aktiviti harian menjadi terbatas seperti mencangkung, melutut, duduk di atas bangku dan kadang-kadang sakit tersebut menjadi bertambah serius. Pesakit juga akan merasa sakit dan sukar untuk digerakkan apabila ingin bangun dari kerusi dan mula berjalan.
Apabila doktor memeriksa sendi anda, tanda-tanda yang didapati adalah seperti sendi menjadi sakit pabila digerakkan atau disentuh. Terasa geseran dan bunyi kasar semasa bergerak. Tanda-tanda ini menunjukkan kehilangan lapisan rawan pada permukaan sendi lutut.
Pemeriksaan dan Diagnosis
Biasanya, diagnosis dibuat secara klinikal dan berdasarkan daripada aduan pesakit. Doktor akan cuba memastikan sakit tersebut bukan daripada diagnosis penyakit yang lain seperti Rheumatoid Artritis, Septic Artritis, dan sebagainya.
Kemudiannya, X-Ray akan dilakukan untuk melihat sama ada rawan menjadi semakin nipis atau tidak. X-Ray juga penting sekiranya anda memerlukan pembedahan penukaran sendi otot.
Rawatan Osteoartritis
Tujuan utama rawatan adalah untuk mengurangkan rasa sakit dan memperbaiki fungsi sendi supaya pesakit dapat melakukan aktiviti-aktiviti harian.
1. Ubahsuai Aktiviti Harian
Aktiviti-aktiviti harian seperti mencangkung, melutut, duduk atas bangku rendah, naik dan turun tangga atau apa-apa pergerakan yang memberi beban kepada sendi lutut harus dikurangkan. Limitkan pergerakan anda dalam satu-satu masa. Kenal pasti isyarat sakit yang datang dan pastikan anda berhenti melakukan aktiviti tersebut. Kemudian anda boleh tingkatkan masa secara perlahan-lahan dan berjadual.
Sebagai contoh, anda ingin menaiki tangga. Dan pada tangga kelima, anda pasti akan merasa sakit.Maka, apabila sampai di tangga yang keempat, berhenti untuk seketika dan kemudian teruskan. Lakukan perkara yang sama untuk aktiviti-aktiviti lain. Rekodkan aktiviti anda. Kemudian dari hari ke hari, cuba tambahkan bilangan tangga yang anda naiki secara perlahan-lahan dan konsisten.
Memaksa diri untuk melakukan kerja walaupun berasa sakit hanya akan menyebabkan rawan anda menjadi semakin nipis dan kesakitan anda akan semakin bertambah walaupun ubat yang diberikan doktor adalah mencukupi.
2. Rawatan Fizikal
Rawatan dengan menggunakan pek ais amat berguna sekiranya terdapat sakit sendi lutut yang akut (tiba-tiba). Untuk mengurangkan kekakuan sendi, rawatan dengan pek panas adalah berkesan. Senaman untuk menguatkan otot hadapan peha (quadriceps) adalah penting untuk menstabilkan sendi lutut. Pada masa yang sama, senaman untuk menggerakkan sendi lutut diperlukan untuk mengurankan kekakuan sendi lutut. Anda boleh menggunakan seperti tongkat, ‘knee brace’ untuk menurangkan beban ke atas sendi lutut tetapi jangan gunakan untuk jangka masa yang panjang kerana ia akan menyebabkan anda bergantung sepenuhnya dengan bantuan tersebut.
Rawatan Farmakologi
Ubat-ubat yang boleh digunakan untuk merawat penyakit arthritis sendi lutut boleh dibahagikan kepada dua kategori. Kategori yang pertama adalah ubat yang mengurangkan simptom dan tanda-tanda. Kategori yang kedua adalah untuk mengubah struktur lapisan rawan sendi lutut.
1. Ubat tahan sakit
Ubat-ubat yang digunakan untuk mengurangkan kesakitan termasuk paracetamol dan tramadol amat biasa digunakan untuk mengurangkan sakit sendi, terutamanya bagi pesakit yang mempunyai gastritis dan ulser perut. Kegunaan NSAIDS dan COXIBS akan memburukkan lagi keadaan tersebut.
2. Ubat-ubat Anti-Inflamasi Bukan Steroids (NSAIDS)
Kumpulan ubat ini adlaah penting untuk mengurangkan komponen inflamasi penyakit osteoartritis. Pesakit yang kerap hadapi tanda-tanda seperti bengkak sendi, sakit dan panas sendi perlu dirawati dengan kumpulan ubat anti-inflamasi ini.
Walaubagaimanapun, ubat-ubat ini boleh menyebabkan gastrik dan mengganggu fungsi buah pinggang terutamanya di kalangan orang tua. Justeru, ubat ini patut diberikan pada dos yang minimum dalam jangka masa yang pendek.
3. Penghalang Cox-2
Kumpulan ubat ini bertujuan mengurangkan kesan sampingan ubat anti-inflamasi NSAIDS. Umpanya Etoricoxib, Celecoxib, Meloxicam adalah ubat-ubat yang digunakan untuk merawati penyakit artritis dan rheumatism. Ubat -ubat ini tidak sesuai untuk pesakit-pesakit yang menghidapi penyakit arteri koronari, angin ahmar serta penyakit alahan pada ubat-ubat ini. Ubat ini juga patutu diberikan pada dos yang minimum dalam jangka masa paling pendek.
4. Glucosamine Sulfate
Glucosamine, adalah sebahagian daripada aminomonosaccharide glucosamine semula jadi yang mempunyai saiz dan berat molekul yang kecil, 179 daltons. Ia adalah sebahagian daripada lapisan rawan pada permukaan sendi serta cecair sendi synovium.
Berbagai penyelidikan perubatan telah menunjukkan betapa berkesannya glucosamine sulfate dalam mengurangkan tanda-tanda sakit serta meningkatkan pergerakan pada sendi. Penggunaan glucosamin sulfate pada jangka masa panjang juga dapat mencegah kerosakan struktur rawan pada sendi.
5. Chondroitin Sulfate
Chondroitin sulfate, sejenis glycosaminoglycan yang mempunyai saiz molekul yang amat besar, antara 10,000 hingga 40,000 daltons juga digunakan untuk merawati penyakit sendi 0steoartritis. Bahan ini didaftarkan sebagai suplemen makanan di Malaysia. Penyelidikan selanjutnya adalah perlu untuk menunjukkan keberkesanan bahan ini.
Suplemen Makanan, Herba dan Perubatan Tradisional
Walaupun terdapat berbagai testimoni yang mengatakan betapa bergunanya suplemen makanan, herba dan perubatan tradisional, terdapat banyak juga pesakit yang menghadapi kesan-kesan sampingan dengan cara rawatan ini.
Proses pendaftaran suplemen makanan, herba dan perubatan tradisional adalah berlainan jika dibandingkan dengan pendaftaran ubat. Kawalan keatas bahan-bahan ini adalah lebih longgar.
Sekiranya anda menerima cara rawatan dengan bahan-bahan tersebut di atas, anda perlu memberitahu kepada doktor anda untuk mengelakkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini.


Suntikan Sendi Dengan Hyaluronic Acid

Hyaluronic acid merupakan sejenis bahan yang terdapat di dalam tisu synovium sendi. Penggunaan suntikan bahan ini ke dalam sendi amatlah meluas ntuk mengurangkan kesakitan sendi serta meningkatkan pergerakan sendi. Suntikan ini diberikan sekali seminggu, ntuk tiga hingga 5 suntikan. Setiap jenis suntikan hyaluronic acid adalah berbeza dari segi saiz dan berat molekul. Suntikan ubat ini boleh mengurangkan sakit sendi, memperbaiki pergerakan serta meningkatkan fungsi-fungsi sendi.
Suntikan Sendi dengan Steroids
Suntikan sendi dengan ubat corticosteroids digunakan dengan meluas untuk mengurangkan komponen inflamasi osteoartritis. Ubat ini berkesan selama satu hingga beberapa bulan. Walaubagaimanapun, penggunaan ubat ini secara berlebihan boleh membawa kepada pelbagai kesan sampingan. Adalah tidak digalakkan untuk menggunakan ubat ini lebih daripada tiga suntikan setahun.
Rawatan Pembedahan

1. Pembedahan artroskopi sendi
Pesakit yang kerap mempunyai masalah bengkak dan inflamasi sendi yang berulangan akan bermanfaat dengan menggunakan cara rawatan pembedahan artroskopi. Artroskopi bertujuan untuk memeriksa kerosakan di dalam ruang sendi umpamanya kerosakan pada meniscus, kerosakan lapisan rawan serta pembentukan tulang berlebihan (spur) pada hujung tulang. Kerosakan tersebut boleh dicukur, dibersihkan, serta dibuang dari ruang sendi. Ini bertujuan untuk mengurangkan proses inflamasi serta kerosakan mekanikal yang selanjutnya.
2. Pembedahan pertukaran sendi
Pembedahan pertukaran sendi lutut adalah pembedahan pertukaran sendi yang paling kerap dijalankan. Keputusan pembedahan ini adalah amat menggalakkan, ramai pesakit dapat kembali kepada fungsi aktiviti harian. Tujuan utama pembedahan ini ialah menghilangkan kesakitan sendi lutut terutamanya kepada mereka yang mengalami kesakitan yang teruk, di mana ubat-ubat yang digunakan tidak lagi memberikan kesan. Pesakit boleh berjalan dengan baik tanpa bantuan dalam masa sebulan selepas pembedahan. Sendi lutut yang dipasangkan boleh bertahan lama untuk lima hingga 20 tahun sekiranya dijaga dengan baik.
Kesimpulan
Masalah osteoartritis terutamanya sendi lutut adalah masalah sendi dan tulang yang paling kerap dijumpai. Pemeriksaan serta rawatan awal adalah amat penting untuk mencegah kerosakan yang keterlaluan pada permukaan sendi. Rawatan awal penyakit osteoartritis termasuk kombinasi pelbagai rawatan klinikal yang ada. Ini bergantung kepada tahap keterukan penyakit bagi setiap individu.


Tips yang berguna
1.    Mendapatkan nasihat daripada pegawai perubatan yang bertauliah.
2.    Beritahu doktor sekiranya anda menggunakan suplemen makanan, herba, dan perubatan tradisional.
3.    Gunakan jenama ubat yang telah dibuktikan berkesan secara klinikal.
4.    Disebabkan ubat palsu semakin berleluasa dalam pasaran, dapatkan ubat anda dari pihak yang bertauliah seperti doktor dan farmasi.

  Sumber petikan daripada : http://psipum.org/sakit-sendi-osteoartritis-simptom-diagnosis-dan-rawatan/

Thursday, March 1, 2012

Vitamin B17 Adalah Rawatan Alternatif terbaik!!






Vitamin B17 adalah rawatan alternatif terbaik !

Vit B17 adalah penyelesaian kepada kanser !

Vitamin B17 juga dikenali sebagai Amygdalin atau Laetrile, dijumpai dalam biji benih Aprikot mentah terpilih dan banyak biji benih buah-buahan mentah yang lain dan, diketahui telah membantu berjuta pesakit kanser di seluruh dunia!

Ya, Vitamin B17 digunakan untuk mengubati kanser
 ! 




Vitamin B17 adalah sebahagian besar dari Rawatan Alternatif Semulajadi untuk Penyembuhan juga Pencegahan Kanser!

Vitamin B17 adalah subjek kontroversi besar lebih 50 tahun yang lalu apabila beberapa saintis terbaik dunia mendakwa bahawa apabila dimakan, komponen benih menjadikan ia 100% mustahil untuk sel kanser membiak dan juga akan membunuh  kanser  yang sedia ada dalam kebanyakan kes.
Syarikat-syarikat farmaseutikal menerkam pada tuntutan ini mengenai  Vitamin B17  dengan serta-merta dan menuntut bahawa menjalankan kajian FDA mengenai  Vitamin B17 . Hasil kajian ini  Vitamin B17  adalah dijumpai dalam buku yang dikenali sebagai Dunia Tanpa  kanser  : Story of  Vitamin B17  oleh G. Edward Griffin atau anda mungkin boleh mendapatkan salinan dari perpustakaan.

Biji aprikot yang didakwa sebagai ubat untuk semua jenis kanser lebih 50 tahun yang lalu disorok keberkesanannya kerana kepentingan politik dan dunia farmaseutikal. 

Menurut Dr Krebbs bahawa apabila seseorang memakan 7 biji benih Aprikot setiap hari mereka tidak boleh menghidap  kanser  , kes yang sama seperti seseorang tidak boleh mendapatkan skurvi jika mereka makan oren setiap hari, atau pellagra jika mereka mempunyai beberapa vitamin B setiap hari. Amalan yang baik untuk semua peringkat umur juga pelbagai penyakit lain.

Tulang Ekor (Coccyx) dan Kebangkitan Manusia






Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:
“Dalam tubuh manusia terdapat sebuah tulang yang tidak akan dimakan tanah selama-lamanya.Dari tulang itulah manusia akan dibentuk kembali pada hari kiamat kelak. Para sahabat bertanya: “Tulang apakah itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab: “Itulah tulang ekor.”
- HR Bukhari, An-Nasaii, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad dan Malik.
Tulang ekor (coccyx) adalah tulang terakhir di bahagian bawah tulang belakang. Disebutkan dalam beberapa hadis bahawa tulang ini adalah asal manusia dan benih dari mana manusia akan dibangkitkan pada hari kiamat dan bahawa bahagian ini tidak reput di dalam tanah.
Dari Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Seluruh anggota tubuh manusia akan musnah dimakan tanah, kecuali TULANG EKOR. Dari tulang itulah manusia akan dibentuk dan diciptakan kembali.”
Hadis-hadis di atas adalah jelas menerangkan hal ini dan mengandungi fakta-fakta berikut:
1.    Manusia diciptakan dari tulang ekor.
2.    Tulang ekor tidak akan reput.
3.    Pada hari kiamat, manusia akan dibangkitkan melalui tulang ekor.

Peringkat-Peringkat Pembentukan Janin
Pembentukan janin bermula apabila sperma bersenyawa dengan ovula.


Ovula yang disenyawa atau zigot terbahagi menjadi 2 sel, dan setiap sel pula terbahagi menjadi 2 sel yang lain. Pembahagian sel-sel dan pertumbuhannya berterusan sehingga pembentukan selaput embrio yang mengandungi 2 lapisan:
·         Luaran “Epiblast”: mengandungi cytotrophoblasts melekatkan embrio di dinding rahim dan membolehkan ia mendapatkan zat-zat makanan dari darah dan enzim-enzim dari kelenjar dinding rahim.
·         Dalaman “Hypoblast”: Dari mana janin dibentuk dengan Kehendak Allah Yang Maha Besar.Pada hari ke 15 coretan primitif (primitive streak) terbentuk pada bahagian dorsal embrio dengan hujung runcingnya disebut sebagai simpulan primitif (primitive node). Sisi di mana coretan primitif ini muncul dikenali sebagai bahagian belakang dari ceper embrio (embrio disk). Dari coretan primitif dan simpulan primituf inilah seluruh tisu-tisu janin dan organ-organ janin terbentuk seperti berikut:
1.    Ektoderma(Ectoderm): membentuk kulit dan sistem saraf tunjang
2.    Mesoderma(Mesoderm): membentuk saluran pencernaan otot polos, otot-otot rangka, sistem peredaran, jantung, tulang, sistem seksual dan kencing (kecuali pundi kencing), tisu-tisu subkutan (subcutaneous tissues), sistem limfatik, limpa dan korteks.
3.    Endoderma(Endoderm): membentuk lapisan saluran pencernaan dan sistem pernafasan, organ-organ yang berkait dengan saluran pencernaan (misalnya: hati dan pankreas), pundi, kelenjar tiroid, saluran pendengaran. Setelah itu, coretan primitif dan simpulan primitif menjadi menguncup dan berada di zon sakral, bahagian bawah terakhir tulang belakang, sehingga terbentuk tulang ekor. Oleh kerana itu, coretan primitif dan simpulan primitif menjadi tulang ekor yang telah Nabi SAW terangkan kepada kita mengenainya.

Tulang Ekor Tidak Boleh Reput
Para penyelidik mendapati bahawa pembentukan dan pengaturan sel-sel janin dan organisasi yang diberikan oleh coretan primitif dan simpulan primitif dan sebelum pembentukan mereka tidak ada pembezaan sel-sel yang mungkin boleh terjadi. Salah seorang penyelidik yang terkenal dalam membuktikan hal ini adalah saintis Jerman Hans Spemann.
Menurut eksperimennya ke atas coretan primitif dan simpulan primitif  dia menemukan bahawa mereka yang mengatur kejadian ini sebagai “Pengatur utama.” Beliau memotong bahagian dari satu janin dan ditanamkan/disusukkan dalam satu lagi janin yang berada pada peringkat embrio primer (minggu ketiga dan minggu keempat). Apa yang mengejutkan ia mengarah kepada pembentukan janin sekunder dalam tubuh tetamu disebabkan pengaruh dan pengaturan yang diberikan oleh sel-sel tetamu disekitarnya.
Pada tahun 1931, ketika Spemann menghancurkan pengatur utama dan menanamnya sekali lagi, kehancuran ini tidak menjejaskan eksperimen dan sekali lagi, satu embrio sekunder tumbuh. Pada 1933, Spemann dan saintis lain melakukan percubaan yang sama tetapi pengatur utama kali ini direbus pula. Sebuah embrio sekunder tumbuh, malah ia menunjukkan bahawa sel-sel tidak terjejas walau pun ianya direbus. Pada tahun 1935, Spemann dianugerahkan Hadiah Nobel dalam penemuan Pengatur Utama (Primary Organiser).
Dr. Othman Al-Djilani dan Syaikh Abdul Majid Al-Azzandani melakukan beberapa eksperimen pada tulang ekor pada bulan Ramadan 1423 di rumah Syeikh Abdul Majid Al-Azzandani di Sanaa. Salah satu dari lima vertebra tulang ekor dibakar di atas batu dengan menggunakan semburan gas api selama 10 minit hingga ke tahap pembakaran sepenuhnya (iaitu tulang menjadi merah kemudian hitam). Mereka meletakkan kepingan-kepingan arang ini dalam kotak yang disterilkan dan membawanya ke makmal analisis yang paling terkenal di Sanaa (makmal Al-Olaki).
Dr. Al-Olaki, seorang pensyarah histologi dan patologi di Universiti Sanaa, menganalisis kepingan-kepingan ini dan mendapati bahawa sel-sel dari jaringan tulang ekor itu tidak terjejas dan terselamat dari pembakaran (hanya otot, tisu-tisu lemak dan sel-sel tulang sumsum yang terbakar sedangkan pada sel-sel tulang ekor langsung tidak terjejas).

Kecacatan Pembentukan Janin Bukti Tulang Ekor Mengandungi Sel-Sel Ibu untuk Semua Rangkaian Tisu Manusia
Pembentukan janin adalah dari coretan primitif dan simpulan primitif, yang berada pada tulang belakang terakhir sakrum (tulang ekor) dan masih mengekalkan ciri-ciri mereka. Jika sekiranya bahagian ini terangsang, mereka mulai tumbuh sama dengan seperti pertumbuhan janin dan menjadi tumor (teratoma) yang menyerupai sebuah janin yang cacat dengan beberapa organ terbentuk sempurna (tangan atau kaki dengan kuku). Oleh kerana itu sakrum memang mengandungi sel-sel ibu dan apa yang Nabi SAW bersabda tentang kebangkitan manusia dari tulang ekor mereka pada hari kiamat telah dibuktikan.
Kesimpulan: tulang ekor yang mengandungi coretan primitif dan simpulan primitif serta mereka dapat tumbuh memberikan tiga lapisan yang membentuk janin: ektoderma, mesoderma dan endoderma dan sehinggakan boleh membentuk semua organ. Apabila pakar bedah membedah tumor tersebut mereka menjumpai organ-organ yang terbentuk sempurna di dalamnya seperti gigi, rambut dan sebagainya.
Oleh yang demikian, maka manusia dapat diciptakan kembali dari tulang ekor mereka yang mengandungi coretan primitif dan simpulan primitif.
Sumber petikan daripada : http://psipum.org/tulang-ekor-coccyx-dan-kebangkitan-manusia/