Sunday, May 27, 2012

Khasiat Rozel (Roselle)







Rozel ( Roselle) atau nama saintifiknya Hibiscus Sabdariffa, merupakan tumbuhan yang memiliki banyak khasiatnya untuk kesihatan dan juga kecantikan. Rozel dipercayai mempunyai 3 kali lebih banyak vitamin C berbanding dengan buah anggur. Kandungan vitamin C didalam rozel dianggarkan pada 280mg pada setiap 100mg kaliks rozel yang telah dikeringkan. Ini menunjukkan kelebihan vitamin C yang ada pada rozel berbanding dengan buah kismis hitam. Rozel juga mengandungi vitamin –vitamin lain seperti vitamin D,B1,B2, ia juga mengandugi magnesium, beta-carotene, Omega -3, serta anthocyanine (antioksidan). Selain itu ia juga mengandungi hamper 486mg kalsium, jumlah yang cukup banyak.


Para saintik juga percaya dengan pengambilan rozel dapat melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia dapat menghadkan kerosakan yang akan dilakukan oleh radikal bebas kerana rozel amat kaya dengan antioksidan. Aktiviti radikal bebas menyebabkan berlakunya proses penuaan pantas terhadap manusia. Ianya juga membantu proses pencernaan dan mencegah kekurangan vitamin C,mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu ginjal, mengandungi Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotic pembunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta penyaring racun dalam tubuh.

 Kelopak rozel yang berwarna merah sangat kaya dengan vitamin A dan C serta zat mineral. Dengan menjadikannya sebagai teh ubatan, herba ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi di samping memberi kesan awet muda. Selain itu juga, kelopak rozel ini juga boleh diproses menjadi jem, halwa, jeli, jeruk, dan juga boleh dijadikan sebagai pewarna makanan.





Antara Manfaat Rozel (Roselle) :-

  • Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sebagai tonik.
  • Membantu melancarkan peredaran darah.
  • Merawat luka luar dan dalam.
  • Merawat penyakit kulit.
  • Membantu menghaluskan kulit.
  • Memperlambatkan penuaan ( Anti penuaan)
  • Mencegah penyakit jantung.
  • Antibakteria.
  • Mencegah peradangan pada saluran kencing.
  • Mencegah pembentukan batu karang.
  • Mencegah masalah selesema, batuk, dan demam.
  • Merawat penyakit asma dan alergi.
  • Merawat insomnia.
  • Menstabilkan kadar gula dalam darah.
  • Mencegah tekanan darah tinggi.
  • Membantu mengurangkan kolesterol dalam badan.
  • Membantu meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh.
  • Membantu memelihara mata.
  • Membantu menyimbangkan berat badan.
  • Mengurangkan panas dalam.
  • Membantu menurunkan pengumpulan lemak di hati.
  • Merawat sakit kepala / migraine.
  • Membantu memulihkan diri dari ketagihan ubat dan alcohol.
  • Menghilangkan rasa sakit sendi.
  • Membantu mencerdaskan otak pada kanak-kanak.
  • Membantu mengurangkan risiko osteoporosis.
  • Mengatasi masalah tekanan / stress.
  • Mencegah kanser (Anti kanser).
  • Membantu mencantikan kulit.
  • Antioksidan.



Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/

Hidup lebih muda dengan antioksidan!!






Sering kali kita mendengar atau melihat label perkataan antioksidan. Adakah anda semua tahu apa itu antioksidan? Apa fungsinya dan sejauh mana ia member kesan kepada tubuh badan kita??



Merujuk kepada sumber, antioksidan merupakan sekumpulan bahan yang dihasilkan oleh badan dan juga terdapat pada kebanyakan makanan terutama buah-buahan dan sayur-sayuran seperti lobak, tomato, brokoli, kentang, dan sayur-sayuran hijau adalah antara sumber yang kaya dengan antioksidan sama pentingnya dengan vitamin dan mineral. Beta karotin, vitamin A, C, E, koenzim Q10 ,asid lipoik, dan selenium adalah merupakan antara contoh antioksidan.

Penghadang radikal bebas
Bahan pencemaran seperti asap kenderaan dan rokok, pendedahan kepada radiasi cahaya matahari, tekanan hidup dan diet yang tinggi boleh meningkatkan radikal bebas dalam tubuh kita. Walaupun radikal bebas mempunyai jangka hayat yang pendek iaitu kurang daripada sesaat, tetapi ia boleh menyebabkan kerosakan yang tidak dapat diperbaiki.
Tahukah anda semua bahawa tubuh anda diserangi oleh hamper sepuluh juta radikal bebas setiap hari? Jadi, anda kena menyingkirkannya. Mujurlah kita mempunyai sistem pertahanan untuk menangani masalah yang diakibatkan oleh radikal bebas. Secara semula jadi, tubuh kita menghasilkan antioksidan dalam bentuk enzim yang meneutralkan radikal bebas. Pun begitu kebolehan tubuh untuk membentuk antioksidan akan berkurangan apabila usia semakin lanjut.

Kuasa tumbuhan
Antioksidan terdapat secara semulajadi dalam buah-buahan, sayur-sayuran, bijiran penuh, herba, kekacang, biji-bijian, bunga, kulit kayu, dan juga akar. Kita sudah biasa dengan vitamin dan mineral. Tumbuhan sememangnya mengandungi banyak vitamin berfungsi sebagai antioksidan misalnya vitamin C, beta karotena dan vitamin E. Mineral yang bertindak sebagai antioksidan merangkumi selenium, zink, dan kromium. Tetapi, ramai di antara kita tidak sedar bahawa tumbuhan mengandungi banyak nutrient lain yang dikenali sebagai fitonutrien yang sebahagian besarnya bertindak sebagai  antioksidan.

Kepentingan antioksidan
Beta karotin merupakan molekul yang berubah menjadi vitamin A apabila diproses dalam badan dan ia juga adalah antioksidan yang bermanfaat untuk pengelihatan dan menangani kanser pada sel. Vitamin A dan E, adalah larut lemak dan penting untuk mata dan kulit sihat. Tanda- tanda seperti rabun malam, kulit kering, dan mudah terkena jangkitan, menunjukkan kekurangan vitamin A dalam badan. Vitamin E penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan vitamin E akan mengakibatkan anemia, iaitu penyakit pemusnahan sel darah merah yang banyak. Vitamin C, vitamin larut air yang berupaya meningkatkan sistem pertahanan badan. Vitamin C adalah antara vitamin yang diperlukan untuk perkembangan sel badan dan membantu penyerapan zat besi dalam badan. Kulit yang mudah lebam, gusi yang sering berdarah, luka yang lambat sembuh, dan mudah terkena jangkitan adalah antara tanda kekurangan vitamin C dalam badan.



Vitamin A dan E adalah lemak dan penting untuk kulit dan mata yang sihat. Tanda- tanda seperti rabun malam, kulit kering, dan mudah terkena jangkitan, menunjukkan kekurangan vitamin A dalam badan. Vitamin E penting dalam pembentukan sel darah merah.


Lambatkan proses penuaan
Oleh kerana tubuh kita sering melakukan proses metabolisme, maka timbul radikal bebas dalam tubuh dan akhirnya merosakkan sel-sel yang ada. Contohnya kesan radikal bebas akan merosakkan lemak pada membrane sel. Akibatnya, kulit akan kehilangan elastik dan berkedut. Di sinilah fungsinya antioksidan yang mana ia mampu mencegah penuaan ini.

Fungsi + sumber
Jangan salah sangka, antioksidan bukan zat tunggal, ia perlu bekerjasama dengan vitamin seperti karotinoid (sumber vitamin A), E, C dan mineral seperti magnesium dan selenium. Nutrisi ini penting untuk membantu memperbaiki sel-sel tubuh. Zat antioksidan ini boleh kita peroleh daripada makanan sehari-hari. Vitamin A banyak terdapat dalam sayuran berwarna terang seperti tomato, ubi keledek, cili merah. Selain itu, hati ayam atau kambing mengandungi vitamin A yang cukup tinggi. Semestinya kalau vitamin C banyak terdapat dalam buah-buahan. Buah yang paling tinggi sumber vitamin C ialah jambu. Selain itu, vitamin C juga terdapat pada sayur-sayuran dan buah berwarna kuning atau hijau seperti lada benggala hijau, kiwi, pisang, sawi, betik dan sebagainya. Kekacang almond, kacang tanah, biji bunga matahari banyak mengandungi vitamin E. Begitu juga dengan minyak jagung dan ubi. Manakala selenium banyak terdapat dalam beras merah, ikan tuna, salmon dan daging ayam tanpa kulit.






Tumbuhan Herba Bantu Tampil Cantik & Sihat




Tumbuh-tumbuhan herba sememangnya penting dalam perubatan Melayu. Justeru, tidak hairanlah ia terbukti dalam menyembuhkan dalam berbagai jenis penyakit. Namun yang paling penting, khasiatnya juga mampu member kesan kepada kecantikan. Untuk jimat, kamu boleh tanam sendiri di halaman rumah. Selain daripada jimat, ia juga member kesedaran untuk kamu menghargai sumber alam semulajadi yang mempunyai banyak khasiatnya.



Belimbing tanah
Tumbuhan ini popular di kawasan Pantai Timur. Ia biasanya tumbuh liar di kawasan lembap hutan, tanah pamah dan juga lereng bukit. Khasiatnya tentulah pada ait rebusan akarnya yang digunakan untuk merawat penyakit darah tinggi, buasir, dan juga sebagai air mandian  bagi membuang angin dalam badan. Manakala pelepah daunnya pula boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal pada kulit akibat terkena ulat bulu.


Cekur
Kebiasaanya tumbuhan cekur ditanam di sekitar rumah yang berkeadaan lembap dengan sedikit teduhan. Banyak kelebihan, antaranya digunakan sebagai tonik untuk senak perut, membuang angin, sakit sendi serta melancarkan haid. Ia juga digunakan untuk melegakan batuk, mengurangkan bengkak dan dibuat bedak untuk merawat jerawat. Daunnya yang muda dimakan sebagai ulam atau  dibuat kerabu.

Petua hilangkan jerawat :
1.Sediakan daun cekur  kira-kira sebesar ibu jari.
2.Kemudian giling sehingga lumat.
3.Setelah itu campurkan dengan bedak sejuk.
4.Sapukan campuran tadi ke muka dan biarkan 15 hingga 20 minit sebelum di bilas dengan air suam



Cucur atap
Daunnya kecil atau halus seperti jarum, tersusun secara bertentangan dan mengeluarkan aroma bila dihancurkan atau diramas. Tumbuhan ini didapati hidup secara liar di kawasan tanah tinggi dan juga tumbuh subur di tanah mineral. Lazimnya tumbuhan ini digunakan sebagai teh herba untuk kesihatan. Daunnya dikatakan mempunyai keupayaan untuk merawat demam, antibakteria dan melancarkan peredaran haid. Ia juga digunakan bagi merawat selesema, sakit kepala, demam campak, uluran, dan juga juandis dengan cara mengasapkan pesakit melalui pembakaran daun kering atau menghidu wap air rebusan daun segar.



Emas cotek
Tumbuhan ini banyak terdapat di kawasan belukar di tepi laut atau rimba di pergunungan. Daunnya berwarna hijau berkilat dan mempunyai bintik yang berwarna emas di permukaan daunnya berwarna kuning keemasan dengan tompok-tompok hitam. Air rebusan keseluruhan herba ini diminum oleh wanita untuk merawat keputihan dan melawaskan haid.Tumbuhan ini juga dipercayai boleh mengekalkan awet muda. Selain itu, emas cotek berupaya mencegah dan menyembuhan penyakit-penyakit seperti paru-paru berair, kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit, melancarkan peredaran darah, dan rawatan sakit kulit.


Halia
Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Tanaman ini dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Selain itu, khasiatnya juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti demam, batuk, migraine, sakit gigi, sakit tulang, senggugut dan sesak dada.


Kunyit
Dalam perubatan, kunyit digunakan sebagai antioksidan, antibakteria, antiradang dan antikanser. Kunyit kuga berupaya menyembuhkan luka di dalam badan, membersihkan dan menghalang pembekuaan darah, melancarkan peredaran darah, membantu proses pencernaan serta menghilangkan selesema. Ia juga dikatakan dapat menyembuhkan luka, terseliuh anggota badan dan kudis.



Kesum
Secara tradisionalnya, air rebusan daun kesum digunakan untuk mengubati masalah penghadaman dan menghilangkan kelemumur di kepala. Daripada segi khasiat pemakanan, kesum kaya dengan bĂȘte karotena, vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium, kalsium, dan fosforus.


Limau purut
Daun limau purut banyak digunakan dalam masakan seperti tomyam kerana bau dan rasanya yang unik. Ia juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap. Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci mulut dan rambut. Limau purut juga berupaya merawat luka, lebam, dan gigitan seranggan berbisa serta merangsang perjalanan darah.

Petua putihkan bawah lengan :
1.Gaulkan semangkuk hampas kelapa dengan air perahan limau purut.
2.Kemudian gosokkan pada bahagian bawah lengan ketika mandi.
3.Biarkan seketika sebelum dibilas dengan air bersih.
4.Amalkan setiap hari dan pasti ada perubahannya.



Mengkudu
Mengkudu mempunyai pelbagai kegunaan. Satu kajian yang telah dijalankan di Amerika Syarikat melaporkan sebanyak 22 jenis masalah kesihatan telah dapat dibantu dengan pengambilan mengkudu. Antaranya ialah kanser, kencing manis, darah tinggi, tulang, jantung, kemurungan , pernafasan, penghadaman, dan buah pingggang.



Pegaga
Pegaga mengandungi bahan aktif seoerti triterpenoid glikosida, flavenoids, volatile oils, pectin, asid amino, alkaloid hydrocotyline, myositol, asid bramik, asid centellik, asid isobrahmik, dan asid betulik. Di Malaysia, pegaga amat popular untuk dijadikan ulam, minuman penyejuk badan, dan tonik kecerdasan minda.



Rosel
Kelopak buah rosel yang berwarna merah kaya dengan vitamin A dan C serta zat mineral. Dengan menjadikannya sebagai teh ubatan, herba ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi di samping member kesan awet muda. Selain itu, kelopaknya juga boleh diproses menjadi jem, halwa, jeli, jeruk dan pewarna makanan.



Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/

Sihat Dengan Jus Anggur Merah!!!




Jus anggur merah lambatkan penuaan




Buah anggur merah mempunyai manfaat tersembunyi untuk kesihatan, demikian menurut Profesor Charis Eng dari Cleveland Clinic Lerner Research Institute di Ohio. Penyelidikan tersebut mendapati pengaruh resveratrol pada sel kanser payudara.

Daripada hasil ujian, didapati resveratrol iaitu sebatian di dalam buah anggur yang berkhasiat bagi meningkatkan kesan ubat kanser yang terdapat di dalam segelas jus anggur merah. Ia merupakan bahan antioksidan yang kuat, dihasilkan oleh tanaman seperti anggur, raspberi, cranberi, dan kacang tanah untuk melawan jangkitan bakteria dan kulat.

Para penyelidik juga telah mendapati khasiat anggur merah dalam mengurangi risiko serangan penyakit jantung, Alzheimer, serta melambatkan proses penuaan. Bagi penyelidikan, penemuan ini menunjukkan kesan aditif di antara dua sebatian pada signal sel kanser payudara dan menghalang pertumbuhan sel kanser jika diambil segelas jus anggur merah setiap hari.






Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/


Vitamin B6 tingkatkan daya ingatan!!


Minuman vitamin B6 boleh membantu kita mengingati mimpi di waktu tidur pada keesokan harinya demikian menurut penyelidikan baru. Orang selalunya akan mengalami antara 4 hingga 6 kali mimpi dalam satu malam dan sukar untuk mengingati dengan lengkap mimpi mereka pada keesokan harinya.

Vitamin B6 yang didapati di dalam daging, biji-bijian, sayur-sayuran, kacang dan pisang membantu mengingati kembali mimpi mereka, di samping meningkatkannya ingatan mimpi tersebut dengan lebih jelas.


Sebuah kajian kecil yang dilakukan pada tahun 2002 mendapati cara untuk membuktikan teori tersebut. Di dalam kajian tersebut, 12 orang mahasiswa diberikan vitamin dalam dos yang berbeza selama lima hari. Empat peserta diberikan 100 miligram, empat lainya diberikan 250gram dan selebihnya diberi placebo sahaja. Para peserta yang mendapat vitamin B6 dalam dos yang banyak memiliki kadar yang lebih dalam mengingati mimpi yang ditentukan oleh kejelasan emosional dan warna.

Dikatakan bahawa, vitamin ini kesan ini kerana mengubah asid amino menjadi serotonin yang membangunkan otak selama tidur. Namun, terlalu banyak vitamin B6 membuatkan anda tidak boleh tidur sama sekali kerana ia boleh menyebabkan insomnia, jantung berdebar-debar, kejang, tekanan darah tinggi dan panik.






Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/

Amal minum jus atasi jerawat!



Semua orang, baik wanita mahupun lelaki tentunya runsing apabila dikunjungi “teman’ yang ditidak diundang. ‘Teman” yang tidak diundang sering dikaitkan  dengan jerawat, jeragat atau apa sahaja yang biasa timbul pada wajah. Ia bukan sahaja membuatkan wajah tidak menarik, tetapi masalah jerawat yang kronik boleh member kesan negative tehadap keyakinan diri seseorang.



Menurut perunding pemakanan, Indra Balaratnam, pengarang bersama buku berjudul Healthy Eating Recipes for the Asian Palate, yang dilancarkan pada September 2004, masalah jerawat ini disebabkan oleh lubang halus umbi rambut pada kulit yang tersumbat hasil daripada penghasilan minyak berlebihan serta pengumpulan sel kulit mati.

Masalah jerawat ini biasanya dihidapi oleh golongan kanak-kanak yang menghampiri umur baligh serta memasuki zaman remaja mereka. Walaupun begitu, terdapat juga sesetengah kes yang melibatkan golongan dewasa. Masalah jerawat yang dihidapi oleh golongan dewasa biasanya adalah disebabkan oleh perubahan hormon.

“Kehadiran jerawat pada wajah boleh dikatakan satu trauma. Ramai golongan remaja yang mempunyai masalah ini berasa rendah diri memandangkan mereka menganggap penampilan mereka tidak lagi menarik akibat daripada jerawat tersebut. Tambahan, kesan parut jerawat yang tentunya masih dapat dilihat biarpun bintik jerawat telah hilang,” ujar Indra yang mempunyai 16 tahun pengalaman dalam bidang nutrisi dan pemakanan ini.



Gabungan vitamin A dan vitamin C

Selain mengamalkan rutin penjagaan muka dengan baik seperti penggunaan air yang bersih untuk mencuci muka, pencuci muka dan sebagainya, terdapat cara yang lebih baik, murah dan juga menyihatkan. Caranya adalah dengan mengamalkan minum jus buah-buahan. Bagi penggemar jus, tentunya ia suatu berita gembira yang boleh dimanfaatkan.

Nutrien-nutrien yang dapat mengurangkan masalah jerawat adalah bahan yang kaya dengan beta karoten (iaitu bahan yang akan bertukar menjadi vitamin A aktif apabila tubuh memerlukannya) dan vitamin C. Kedua-dua nutrient ini mempunyai antioksidan yang tinggi untuk melawan pembentukan bakteria dan penghasilan minyak pada permukaan kulit.

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan beta karoten biasanya mempunyai warna kuning oren. Antaranya adalah betik, mempelam (mangga), cili benggala kuning, labu dan kentang. Sebaliknya, vitamin C kebanyakannya terdapat di dalam buah-buahan beri seperti beri hitam, strawberi dan sebagainya. Buah-buahan citrus dan sayuran berdaun hijau juga kaya dengan vitamin C.

Bagi mereka yang tidak gemar makan buah-buahan dan sayur-sayuran, cara mudah untuk membantu mereka mendapatkan nutrien-nutrien penting ini di samping membantu mengatasi masalah jerawat mereka adalah mengisar bahan makanan ini menjadi jus. Tambahan adalah lebih baik menikmati jus buah-buahan dan sayur-sayuran seperti ini tabiat sesetengah remaja dan sesetengan orang yang lebih senang menikmati minuman manis seperti minuman soda atau minuman berkarbonat.



Jus untuk dicuba:

Untuk mengatasi masalah inni, anda boleh mengamalkan minum jus buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning-oren dan dan buah-buahan sitrus seperti mempelam (mangga), nanas, oren, tomato, limau bali, lobak merah, dan betik (untuk tambahan vitamin A). Beberapa kombinasi buah-buahan dan sayur-sayuran seperti di bawah boleh dipadankan untuk anda menikmati jus enak dan berkhasiat.

  • Oren + mempelam ( mangga) + pir.
  • Limau bali + lobak merah.
  • Tomato + lobak merah + epal.
  • Tembikai susu + timun.



Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/

Khasiat Biji Kopi Hijau Dengan Obesiti




Biji Kopi Hijau mudahkan pelangsingan


Berat badan tak juga turun sedangkan sudah berbulan lamanya anda menjalani program diet secara maksimum. JIka anda antara yang mengalami hal tersebut, cuba ambil sejenis biji kopi hijau.

 Melalui sebuah penyelidikan dari Universiti of Scranton, Pennsylvania, Amerika,  khasiat biji kopi hijau dikatakan efektif untuk kaedah penurunan berat badan tanpa memerlukan waktu yang lama. Penelitian tersebut melibatkan 16 orang responden berusia di antara 23 hingga 36 tahun dengan berat badan berlebihan (obesity). Kesemua responden dibahagi kepada dua kumpulan diminta mengambil kapsul selama 22 minggu. Kumpulan pertama diberi kapsul berisi ekstrak kopi hijau,manakalan kumpulan kedua pula diberi kapsul placebo ( kapsul kosong). Hasilnya, kumpulan yang mendapat kapsul berisi ekstrak kopi hijau mengalami penurunan berat badan lebih cepat, antara 7kg dalam tempoh tersebut.


Kajian yang diketuai oleh Joe Vinson mendapati bahawa sekumpulan orang yang mengalami kelebihan berat badan atau obesity mengalami penurunan berat badan sekitar 10 peratus penurunan lemak pada tubuh setelah mengamalkan pengambilan beberapa milligram serbuk kopi hijau dalam beberapa hari.

Berdasarkan penyelidikan tersebut, ambil kapsul ekstrak kopi hijau sekali sehari, diiringi makan makanan rendah lemak, diet sihat dan olahraga teratur menjadi cara murah yang selamat serta efektif untuk menurunkan berat badan, demikian fakta menurut Joe Vinson.






Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/