Sunday, May 27, 2012

Bakar Kalori Dengan Hula Hoop



Main Hula Hoop bakar kalori




Sebaiknya gunakan kasut olahraga agar kaki dapat menampung berat badan dengan baik. Jangan lupa iringi aktivti hula hoop anda dengan muzik ceria agar anda bersemangat dan seronok untuk melakukannya...


Ramai wanita yang memandang permainan hula hoop agak memalukan. Namun, di sebalik permainan yang memerlukan kekuatan pingggang dan pinggul ini ( seperti bergelek) sebenarnya amat efektif untuk membakar kalori di dalam tubuh. Hula hoop ini ternyata bukan sekadar memiliki fungsi sebagau hiburan, tetapi juga untuk kesihatan tubuh badan.

Jika membakar kalori dengan olahraga rutin sahaja kerap sekali membuat ramai orang menggeleng, apatah lagi jika  perlu memasukan olahraga berat di dalam adegan harian mereka. Rasanya, tentu sukar sekali untuk diteruskan.

Seharusnya, olahraga bukanlah dilakukan dengan aktiviti yang berat. Olahraga yang baik sebenarnya dilakukan secara rutin dalam keadaan yang menyenangkan sehingga anda tidak mudah bosan untuk menjalaninya, apatah lagi untuk meninggalkannya.

Lingkaran bulatan yang  biasa diperbuat daripada rotan atau plastik ini amat berkesan untuk membakar 600 kalori melalui permainan hula hoop. Pilih diameter yang sesuai dengan tubuh anda, sehingga membuat anda mudah untuk bergerak atur pernafasan dengan baik, tarik dan hembuskan secara teratur. Jika anda sudah makan, sebaiknya lakukan permainan ini sejam selepas anda makan.

Gunakan pakaian senam yang boleh menyerap peluh. Sebaiknya gunakan kasur olahraga agar kaki dapar menampung berat badan dengan baik. Jangan lupa iringo aktiviti hula hoop anda dengan muzik ceria agar anda bersemangat dan berasa seronok untuk melakukannya.









Tip Hula Hoop

  1. Jangan gunakan hula hoop jenis permainan.
-       Hula hoop permainan hanya sesuai untuk kanak-kanak dan bukan untuk orang dewasa. Saiz hula hoop yang kecil sukar untuk diputar malah semakin besar lingkaran hula hoop, semakin pelahan putarannya. Oleh itu, jika baru bermula berman hula hoop, tidak disarankan menggunakan hula hoop bersaiz kecil. Apakah saiz yang sesuai? Tegakkan hula hoop di depan anda dan ukuran yang ideal ialah hula hoop berada di antara perut dan dada.
  1. Putar.
-       Pegang hula hoop dan rapatkan ke belakang tubuh anda sementara bahagian di hadapan perut mempunyai ruang dengan hula hoop. Putar hula hoop mengelilingi pinggang yang di tentukan oleh momentum tolakan pada tubuh. Ke mana arah gerakan putaran hula hoop? Ini terserah pada kelesesaan anda sama ada memutar pada putaran  arah jarum jam atau sebaliknya.
  1. Lakukan dengan gembira.
-       Hula hoop adalah aktiviti menyeronokkan yang boleh dilakukan oleh semua orang. Lakukannya dengan gembira dan usah menganggap hula hoop beban kepada anda.
  1. Putaran awal dan akhir.
-       Hula hoop dapat dilakukan minimum dua jam selepas makan. Lakukan aktiviti pemanasan sebelum dan sesudah bermain hula hoop. Malah cuba lakukan aktiviti regangan di beberapa bahagian seperti lengan, pinggang, pinggul, bahu, punggung, dan kaki.
  1. Gaya.
-       Letakkan disebelah kaki dihadapan dan badan membongkok pada paras pinggang dan mula putarkan hula hoop. Bagi beberapa orang, cara ini lebih mudah daripada mengerakkan pinggul. Malah anda boleh juga mencuba melebarkan kaki hingga badan membongkok untuk memnutarkan hula hoop. Gaya ini juga efektif untuk membentuk pinggang.


Kebaikan Hula Hoop

v  Menguatkan otot sekitar perut dan mengecilkan pinggang.
v  Memantapkan bahagian paha dan punggung.
v  Membentuk bahagian belakang bawah tubuh.
v  Memberi kekuatan dan keseimbangan tubuh.
v  Melatih kecerdasan kinestetik iaitu kemampuan mengetahui kemampuan tubuh menggunakan perasaan.
v  Memberi keseimbangan tubuh badan.
v  Mengurangkan tekanan.
v  Meningkatkan kemampuan semua pacaindera secara keseluruhan.








Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/

Makan dengan cara SIHAT




10 panaduan mengambil makanan dengan betul dapat memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas untuk menjalani aktivi seharian.



1.   Menjaga Mood ketika makan.

-       Sewaktu makan, kita harus menjaga mood supaya makanan yang dimakan dapat dinikmati dengan sebaiknya. Hindarkan perasaan marah kerana mungkin makanan yang dimakan tidak dapat dicerna dengan baik. Selain itu, air liur juga tidak dapat berfungsi dengan baik dan melambatkan tugas otot mulut dan sistem pencernaan untuk mencerna makanan.

          2.   Makanlah sebelum lapar.

-       Sebaik-baik waktu makan ialah makan sebelum lapar dan minum sebelum berasa sangat haus. Namun, harus diingatkan supaya berhenti sebelum kenyang dan kembung. Ia bukan sahaja dapat menjaga sistem pencernaan, malah jumlah yang diambil juga adalah bersesuaian dengan keperluan badan. Kesannya adalah dapat mengawal kandungan gula di dalam darah agar tetap stabil di samping dapat menstabilkan emosi serta fizikal kita. Apabila sudah terasa sangat lapar, cara paling baik ialah berehat sekitar satu jam untuk meredakannya dan barulah mula makan. Mungkin ramai yang tidak tahu, akibat terlalu lapar, gas akan terkumpul di dalam badan dan gula di dalam darah akan meningkat serta merta apabila makanan terus diambil. Begitu juga apabila terlalu haus. Berehat selama 15 minit terlebih dahalu dan kemudiannya minum secara pelahan untuk memastikan keperluan badan anda menerima air secara berperingkat.

          3.   Mengunyah dengan perlahan.

-       Ketika makan, pastikan anda mengunyah makanan dengan perlahan kerana ia membantu menghancurkan makanan dengan lebih sempurna sebelum dialirkan ke bahagian pencernaan. Pastikan juga keseluruhan gigi digunakan samada rahang kanan dan kiri, kerana dapat mengelakkan kelenjar di bahagian yang sering digunakan membengkak.

          4.   Makan dengan perlahan.

-       Makan juga seharusnya dengan perlahan termasuklan ketika mengunyah, menelan serta menambah jumlah makanan. Ketika hendak menelan, pastikan makanan telah dikunyah dengan baik dan jumlah kunyahan adalah sebanyak 36 kali sebagaimana yang disarankan oleh doctor. Sebenarnya, dengan kunyahan yang banyak, enzim yang keluar bersama air liur akan keluar dan membantu proses pencernaan. Sekiranya kita mengunyah terlalu cepat, enzim tersebut belum sempat keluar dan akibatnya sistem pencernaan menjadi tidak sihat. Makan dengan perlahan juga dapat membantu kita menikmati makanan yang dimakan dan mengetahui jumlah keperluan makanan yang diperlukan. Sekiranya makanan dimakan dengan cepat, jumlah makanan yang diambil juga akan bertambah dan mungkin juga melebihi jumlah makanan yang diperlukan.

          5.   Makan makanan yang sihat.

-       Pastikan anda mengambil makanan yang berkhasiat walaupun ia tidak digemari kerana mungkin makanan yang disukai tidak baik untuk kesihatan. Mungkin kita hanya memilih makanan yang lembut untuk memudahkan pencernaan tetapi makanan yang keras juga diperlukan untuk pertumbuhan gigi dan gusi. Mereka yang terbiasa dengan makanan yang keras akan memiliki gigi dan gusi yang lebih kuat serta tidak mudah terkena radang gusi, gusi berdarah, dan sebagainya. Malah, makanan yang keras  atau susah digigit juga biasanya mengandungi banyak serat yang berguna bagi pencernaan.



         6.   Duduk tegak.

-       Duduk tegak ketika makan akan memudahkan makanan masuk ke dalam perut dan jumlah makanan yang diambil juga mudah diketahui. Selain itu, kedudukan perut yang tertekan saat duduk tidak tegak, akan mengganggu pencernaan makanan. Posisi terbaik adalah duduk dengan ketegakan 90 darjah dan makan menggunakan meja tinggi kerusi tinggi.

         7.   Fokus.

-       Sebaik-baik makan ialah tanpa bercakap dan tidak berjalan-jalan kerana jumlah pengambil makanan akan menjadi tidak seimbang. Selain itu, proses makan juga akan terganggu dan kunyahan juga menjadi tidak sempurna.

         8.   Berjalan selepas makan.

-       Selepas makan, anda boleh berehat selama sepuluh minit dan kemudiannya berjalan santai anggaran 200 langkah. Ia berguna untuk melancarkan proses pencernaan dan perut anda juga tidak terlalu penuh. Anda tidak perlu berlari atau berjalan cepat tetapi sudah memadai dengan berjalan biasa. Untuk kesan terbaik, anda boleh berjalan selama 20 minit tetapi elakkan berolahraga, berlari, berkuda kerana menyebabkan pencernaan terganggu. Bagaimanapun, berjalan selepas makan tidak sesuai untuk penghidap penyakit diabetis kecuali disarankan oleh doctor.

         9.   Urut.

-       Sambil berjalan-jalan sebaik-baiknya anda melakukan urutan ringan pada bahagian perut kerana dapat mengumpulkan chi (tenaga) baik ke arah perut dan seterusnya membantu proses pencernaan makanan. Caranya memang mudah iaitu dengan menggosok kedua telapak tangan anda sehingga hangat dan kemudian urut perut mengikut arah lawan jam sebanyak 36 kali lagi.

         10.   Berkumur setelah makan.

-       Berkumur memang baik untuk menjaga  kesihatan gigi, radang dan sakit gusi. Setiap kali selepas makan, sebaik-baiknya berkumur untuk membuang sisa makanan yang dimakan sekitar 3 hingga 4 kali.





Sumber petikan daripada :http://infokanserpayudara.blogspot.com/

Sihat dengan Ulam Tempatan!!!




Menikmati hidangan nasi panas tidak lengkap tanpa kehadiran ulam-ulaman yang tidak boleh di cicah sambal belacan, sambal tempoyak, budu atau cencaluk. Ulam bukan sahaja enak tetapi terkandung khasiat yang bermanfaat kepada tubuh manusia.



Gajus
Rasanya yang masam menjadikan ulam ini sangat istimewa. Pucuk gajus dipercayai boleh mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah. Daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur dan penyakit kulit yang lain.



Peria pantai
Mengandungi saponin. Ia juga dikatakan dapat menstabilkan tekanan darah selain dari membantu mengawal diabetis. Selain dari kegunaan perubatan ia juga digunakan sebagai sabun kerana keupayaan daunnya menghasilkan buih jika diramas dalam air.



Timun
Masyarakat Cina memakan timun untuk menyingkirkan bahan toksin dari badan, selain membantu mengatasi masalah sakit tekak, gatal kerongkong, batuk, merendahkan tekanan darah, menambah selera makan serta kecantikan kulit wajah.



Lemuni
Akarnya boleh direbus dan diminum bagi perempuan lepas bersalin. Ia juga boleh digunakan untuk merawat luka terbakar dengan cara memanaskan daunnya di dalam periuk yang panas tanpa dicampurkan air. Daun yang panas ini kemudiannya dilekap pada luka tadi. Daunnya juga boleh digunakan untuk merawat penyakit beri-beri, rheumatic dan cirit-birit dan juga boleh digunakan sebagai antiseptic. Di Malaysia daunnya yang telah ditumbuk bersama bawang putih, lada hitam, kunyit, dan nasi, kemudian di gentel kecik digunakan selalunya untuk merawat sakit kepala, mata berair dan juga untuk menggelakkan pertumbuhan janggut. Ia juga digunakan untuk merawat kanser payudara. Selain itu, daunnya boleh boleh dijadikan bantal untuk mengubat sakit kepala selain daunnya juga dijadikan ulam dan bahan campuran ketika memasak nasi. Daunnya juga dapat membunuh jentik-jentik dan boleh digunakan sebagai ubat nyamuk ( Aedes).



Jering
Walaupun berbau kuat, jering mempunyai khasiat perubatan yang tinggi. Ia kaya dengan protein, karbohidrat dan serat yang dipercayai membantu mengubati penyakit kencing manis.



Ulam raja
Mengandungi protein, lemak, karbohidrat, kaya dengan laksium dan vitamin A. Khasiatnya dikatakan dapat mencuci darah daripada toksik dan menguatkan tulang. Kloroform yang diekstrak daripada daun ulam raja mengandungi bahan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus.



Petai
Mempunyai bau yang kuat dan boleh dimakan mentah atau dimasak bersama sambal tumis. Sebenarnya pucuk petai juga boleh dikatakan baik untuk membantu mengawal penyakit kencing manis dan  tekanan darah tinggi.



Pudina
Di barat, ia digunakan sebagai penawar batuk dan teh untuk kegunaan harian. Boleh mengubat penyakit berkaitan paru-paru seperti selesema, membuang angin, ruam kulit selain digunakan untuk mengurangkan tekanan.



Daun selom
Boleh sebagai ulam kerana baunya yang wangi dan kerangupannya. Ia biasa dijumpai tumbuh liar di kawasan yang agak berair terutamanya di kawasa lereng bukit yang berpaya. Berfungsi untuk membersihkan darah dengan mencuci toksik di dalam badan.



Pucuk kaduk
Biasanya lebih kerap dijadikan bahan perasa masakan tetapi ramai yang tidak mengetahui ia juga boleh dimakan mentah. Ulam ini mempunyai khasiat untuk membantu menguatkan tulang, melegakan batuk, selesema dan sengal sendi.



Terung asam
Biasa digunakan sebagai perencah masakan, sama ada dicampurkan dalam masakan kari, sayur atau dicampurkan ke dalam air asam untuk ikan bakar. Dalam perubatan tradisional Melayu buah terung asam dikatakan dapat mengubat cacing kerawit.



Temu lawak
Dalam perubatan herba temu lawak bantak digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti reumatik, kesakitan pada otot demam (anti-pyretic), masalah hati, demam kuning, penyakit batu karang, penyakit kulit, menghilangkan kekejangan, buasir, masalah kerengsaan pada rectum, najis berdarah, masalah sembelit, batuk dan demam pada kanak-kanak, gastric ,kencing manis, masalah keputihan dan jangkitan kulat seperti candida albican pada vagina. Selain itu ia juga dikatakan dapat menjadi ubat pada kanser pangkal rahim dan mengembalikan kecergasan tubuh badan. Jangan sesekali menggunakan tumbuhan ini ketika hamil kerana ia boleh menyebabkan kontraksi rahim dan boleh membawa kepada keguguran janin di peringkat awal kehamilan.



Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/

Sihat Dengan Buah FIG ( FICUS CARICA)



Buah FIG, ramuan terbaik masalah sembelit.


Buah Fig atau nama botaninya FICUS CARICA berasal dari Asia dan dikatakan ia merupakan buah pertama yang pernah ditanam. Orang Greek pernah menceritakan buah ini sekitar 60 s.m dan plato telah mempromosikan buah fig sebagai buah yang berkhasiat untuk atlet. Secara rasminya buah ini telah diimport ke Eropah kira-kira 1600 tahun dahulu.

Dikenali juga sebagai buah fin atau ara, buah yang lembut dan manis ini dikatakan mampu merangsang kesihatan dan kini terdapat lebih daripada 600 jenis buah fig. Buah yang berbentuk seperti buah pear ini berisi pulpa yang manis dan mempunyai biji kecil berwarna keemasan melekat pada dinding rongga buah. Ia berbeza dalam saiz dan warna. Buah yang masak berair, padat dan sedap. Namun begitu, disebabkan buah ini tidak tahan lama maka di pasaran kebanyakan buahfig ini dijual dalam bentuk buah yang telah dikeringkan.


Analisis buah fig segar menunjukkan buah ini mengandungi sejumlah air yang sesuai dan sedikit protein, lemak dan karbohidrat. Buah fig kering mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Kandungan gula dalam buah ini membentuk 51 hinggs 74 peratus daripada kandungan keseluruhan buah.

Buah ini boleh dimakan dalam pelbagai cara, tidak kiralah sama ada buah itu sahaja yang dimakan atau dicampurkan dengan bahan makanan lain bagi menambahkan nilai pemakanan. Apabila diambil bersama dengan tepung, ia membuang kebanyakan kesan sebagai pencegah sembelit. Buah ini begitu baik jika dicampurkan dengan susu. Selalunya buah fig banyak digunakan dalam pembuatan kek dan jem. Kadangkala buah ini juga dijadikan bahan dalam pudding.

Makanan pemulih
Dikatakan 100gram buah fig kering mengandungi nilai pemakanan seperti air (23 peratus), protein (4.3 peratus), lemak (1.3 peratus), karbohidrat (63.4 peratus), serat (5.6 peratus), dan bahan mineral (2.4 peratus). Kandungan mineral dan vitamin yang terdapat pula ialah seperti kalsium (126 mg), fosforus (77 mg), besi (3 mg), vitamin A (80IU) dan sejumlah kecil vitamin B kompleks.

Banyak kebaikan dari segi perubatan telah dikaitkan dengan buah fig. Buah ini dikatakan sebagai makanan pemulih dimana ia dikatakan membantu penyembuhan cepat selepas sakit yang agak lama. Buah ini juga dikatakan sebagai tonik baik bagi mereka yang mengalami bibir, mulut, dan lidah yang merekah.

 Tidak kiralah diambil secara segar atau kering, buah fig dikatakan berguna sebagai penjulap berguna. Semuanya ini keran terdapat sejumlah kandungan selulosa yang banyak dan kulitnya yang kasar. Biji-biji kecil dalam buah mengandungi kelebihan merangsang peristaltic atau gelombang seperti pergerakan usus di mana ia memudahkan pemindahan najis dan membuatkan saluran pencernaan bersih.

Sifat penjulap buah fig juga menjadikan buah ini sebagai ramuan terbaik untuk buasir. Selepas mencucinya dengan air panas, ambil dua atau tiga biji buah fig dan rendamnya di dalam segelas air sejuk semalaman. Makanlah ianya pada keesokan harinya. Buah ini juga seharusnya diambil dalam cara yang sama pada waktu malam. Cara ini dikatakan mampu menyingkirkan ketengangan dalam pembuang najis dan sekali gus menghalang penonjolann terhadap dubur. Pengambilan tetap cara ini dikatakan mampu menyembuhkan buasir dalam masa tiga atau empat minggu.



Kesan analgesik

Buah  fig dikatakan juga berguna dalam merawat asma. Kahak dan lendir dalam batuk dirawat melalui penggunaan buah ini. Ia dikatakan mampu member kelegaan pesakit dengan mengeluarkan kahak dan lendir.  Buah fig ini juga dikatakan berguna dalam merawat kelemahan seksual. Buah yang mengandungi banyak asid amino dikatakan mampu meningkatkan libido dan juga stamina seksual.

Getah daripada batang pokok fig dikatakan mampu digunakan untuk merawat kematu dan ketuat. Getah ini juga mempunyai kesan analgesic (mengurangkan sakit) menahan sengatan dan gigitan serangan. Minyak dari buah fig boleh dimakan dan dikatakan boleh dijadikan minyak pelican. Walaupun terdapat pelbagai khasiat buah fig, namun sebelum menggunakannya perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu.





Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/

Menu Sihat Dengan Tembikai




Tembikai, pembekal ANTIOKSIDAN berkuasa.


Menjelang hari-hari terik yang mengigit kulit, sepotong tenmbikai dingin rona merah menyala pastinya satu dugaan yang paling sukar ditolak. Rasanya yang manis, rangup dan berjus bagaikan pencuci mulut enak penghilang dahaga, hinggakan ia digilai peminat tua dan muda. Bersama khasiat “LYCOPENE” yang memberi cahaya merah pada tembikai, ia muncul sebagai buah tempatan paling kaya antioksidan dan dipercayai membantu memulih asma, arteriosklerosis, diabetis, kanser prostat dan arthritis.


Antioksidan bukan sekadar nama besar da;a, syurga kecantikan, ia turut menyimpan manfaat penting kepada kesihatan. Menerusi isi tembikai yang manis, tahukah anda bahawa tubuh dapat menyerap antioksidan penting bagi meneutralkan radikal bebas? Khasiat vitamin A,C dan beta karotena mampu “ menyerang” radikal berbahaya ini, lantas menghalangnya dari meresap ke tubuh, dan mengoksida kolesterol dari melekat di pembuluh darah, sekaligus mencetus serangan jantung atau strok.

Pernahkah anda tahu bahawa rasa tembikai akan bertambah semakin rasa manis pada waktu petang? Pada ketika ini, lazimnya ia bertindak sangat resonan dengan warna merah di pelusuk alam. Kadar karotenoid ‘ lycopene’ yang amat tinggi berbanding sayuran dan tomato juga membuatkan tembikai begitu baik untuk mengurangkan risiko kanser, khasnya kanser prostat, paru-paru, perut, pancreas, esofagus, payudara dan serviks. Pigmen merah dalam ‘lycopene’ tidak wujud dalam buah-buahan lain, kecuali tomato, dan tidak boleh dihasilkan dalam apa jua kaedah saintifik.


Buah tembikai atau nama saintifiknya Citrullus Lanatus, ianya berasal dari keluarga Curcurbitaceae. Ia juga bersaudara dengan timun, labu, dan labu siam. Penemuan tembikai yang pertama dipercayai berasal dari gurun Kalahari di Afika. Sejarah turut merakamkan bahawa penuaian tembikai telah berlaku sejak 5,000 tahun yang lampau di EGYPT menerusi lukisan hieroglyphics di atas dinging bangunan.

Sebiji tembikai yang masak ranum biasanya akan disaji di atas makam pengebumian Raja Mesir sebagai tanda hormat agar mereka berbahagia selepas mangkat. Sehingga kini, tembikai telah berkembang subur di ladang-ladang pertanian di 96 buah Negara, termasuklah Malaysia. Ia dipercayai tersebar menerusi pedagang-pedagang yang berniaga di sekitar laut Mediterranean.

Sungguhpun terdapat beribu-ribu jenis tembikai di seluruh dunia, hanya lima yang terkenal di pasaran iaitu ‘picnic’ (Jubilee, Crimson Sweet dan Allsweet), ‘Seedlees’ (Triploid Hybrid), ‘Ice Box’ , ‘Yellow Flesh’, dan Mini Watermelon’ ( Merah dan Kuning).

Menjelang hari yang redup dan malam yang sejuk, tanaman tembikai akan menghasilkan lebih banyak lycopene. Semakin merah dan masak isinya, semakin tinggilah kandungan lycopene. Di samping itu, tembikai turut membekalkan citrulline, sejenis kompaun asid amino untuk mencuci buah pinggang secara semula jadi. Tembikai merupakan pembekal vitamin C yang baik untuk memelihara tisu-tisu kulit  dan mempercepatkan pemulihan luka. Malah ia sesuai dijamah oleh ibu hamil kerana kandungan zat besinya mampu membantu pengaliran darah untuk bekalan nutrisi kepada bayi.



KHASIAT SEMULA JADI

Selain dijamah mentah atau dicampur dalam garden fruit salad yang lazat, tembikai juga enak dikisar halus untuk dijadikan ‘smoothies’ dan jus menyelerakan. Segelas jus tembikai mampu membekalkan 48 kalori, member tenaga kepada warga emas serta memulihkan sistem tubuh yang lemah selepas pembedahan. Sambil menyinkirkan lebihan toksik dalam tubuh, jus tembikai turut menyembuhkan penyakit arthritis, gout serta keracunan uremic akibat kehadiran asid uric berlebihan.

 Biji tembikai yang kaya kandungan protein dan lemak juga sering dijadikan snek ringan, samada dipanggang atau disalut garam. Buah tempatan yang mengandungi 92% air dan 8% gula ini bebas dari lemak kolesterol, mempunyai mineral penting bagi merawat masalah gingal serta melawaskan buang air kecil. Ia juga membekal vitamin B1, B6, potassium dan magnesium untuk keperluan kesihatan yang menyeluruh.




FAKTA GLOBAL

v  Penduduk China yang juga peladang tembikai paling besar di dunia turut memasak tembikai seperti sayuran. Pelbagaii gaya masakan seperti direbus, digoreng dan stew menjadi menu pembuka selera yang popular.
v  Di Amerika Selatan, Rusia, Ukraine dan Romania, jeruk tembikai sering dijadikan snek kudapan yang digemari.
v  Terdapat lebih dari 1,000 jenis tembikai yang berbeza saiz, rupa dan warna di seluruh dunia. Selain bulat dan besar seperti gergasi, ada juga yang ditemui lonjong, bersegi dan tidak berbiji. Kemungkinan besar, anda pasti pernah terserempak tembikai kuning, jingga, merah jambu atau putih.
v  Di jepun, petani ‘MEMBESARKAN’ kiub agar ia masak mengikut bentuk tumbesarannya. Justeru, tembikai yang terhasil berbentuk empat segi atau pyramid, bagi memudahkan ia disimpan.
v  Turut dikenali sebagai Timun Cina di Pantai Timur, tembikai dari sepsis tumbuhan menjalar (memanjat dan melata) di kawasan lembap ini dikatakan berasal dari  Afrika Selatan.
v  Pada dinasti ke-12, penemuan beribu-ribu biji tembikai di samping makam Firaun Turankhamun cukup menghairankan kerana tiada seorang pun di Tanah Mesir pernah merekodkan kewujudan tembikai pada ketika itu.



TIP MEMILIH TEMBIKAI SEGAR

  •  Pilih tembikai berdasarkan berat, bukan saiznya. Ini kerana buah tembikai yang baik mempunyai kadar 92% air di dalamnya.
  • Pilih kulit yang licin tanpa rekahan, lebam atau kesan lembut, manakala bahagian bawah pangkalnnya sedikit besar berwarna kekuningan.
  • Pastikan baunya ranum.
  • Tepuk-tepuk buah tembikai yang ingin dibeli. Jika bunyi seakan - akan kosong, mungkin ia sudah masak dan elok isinya.
  • Pastikan anda sentiasa membasuh kulit tembikai sebelum menyimpannya. Tembikai yang belum dipotong mampu bertahan dalam suhu bilik selama 2 hingga 3 minggu.
  • Jika anda ingin menyimpan bakinya selepas dipotong, Pastikan ia dibalut dengan plastik kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk bagi mengekalkan kesegarannya.







Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/













Lima Jenis Makanan Dalam Senarai Dapur Anda!!



Anda tak perlu pergi jauh untuk mencari cara terbaik yang dapat membantu anda mengelakkan penyakit kronik seperti kanser, strok, dan sebagainya. Pergi sahaja ke pasar raya terdekat dan cari bayam, ikan salmon, bijiran oats, tomato dan juga kekacang. Mudah bukan? Jimat masa, tenaga dan paling peting jimat kos perbelanjaan.


Kajian mendapati, jenis-jenis makanan phytonutrients lebih etektif dan berkesan jika diambil dalam makanan atau diet anda. Jadi, tak perlulah anda bergantung pada bahan suplemen kerana ia bukan makanan tetapi ia lebih kepada pemakanan ( diet). Ketahui kelebihan kelima-lima jenis makanan yang di senaraikan di bawah.



Bayam
Jenis sayuran berdaun hijau gelap ini merupakan sumber utama phytochemical lutein. Menurut Dr. Steven Pratt di dalam bukunya yang berjudul Superfoods RX, sayuran ini merupakan makanan terbaik dalam hidangan anda untuk menghidarkan  katarak mata. Kandungan Lutein yang terdapat di dalam sayuran ini bertindak sebagai perlindungan UV, melindungi mata daripada panahan terus cahaya matahari.

Bagi mereka yang gemar memakan sayuran yang kaya dengan karotena, risiko untuk mendapat penyakit berkaitan perut adalah kurang. Bukan itu sahaja, Mereka juga tidak perlu bimbang tentang penyakit berkaitan kanser seperti paru-paru, prostat atau pun pundi kencing. Jadi elakkan memasak sayuran terutama sayurang hijau ini terlalu lama. Ini kerana ia menyebabkan sayuran ini kehilangan nutrient terbaiknya yang membantu mengelakkan penyakit kronik.



Ikan Salmon
Menurut kajian, pengambilan daging salmon dalam makanan anda merupakan antara diet paling sihat. Ini kerana, daging salmon baik untuk kesihatan jantung. Kandungan asid fatty di dalam daging salmon serta ikan lain seperti halibut, tuna sardine dan mackerel juga baik untuk membantu mengurangkan masalah rheumatoid arthritis dan masalah kulit seperti psoriasis.



Bijiran oat
Jika dibandingkan dengan lain-lain bijiran, bijiran oats mempunyai lebih banyak asid linoleic, vitamin B, vitamin E, protein dan serat yang tinggi. Kajian di kalangan golongan yang mengamalkan diet rendah lemak mendapati, mereka yang  mengambil antara 35 hingga 45 gram oat sehari Berjaya menurunkan jumlah keseluruhan kolesterol di dalam badannya sehingga lebih daripada 3 peratus jika dibandingkan dengan mereka yang tidak memakan oat ini. Lebih mengejutkan, mereka juga Berjaya menurunkan 14 peratus kolesterol ‘jahat’ di dalam badan mereka yang mengamalkan pengambilan oat. Namun, hati-hati dengan oat ‘segera’ kerana ia mengandungi lebih banyak gula dan tidak sihat untuk diet anda.




Tomato
Tomato pula merupakan sumber terbaik lycopene, iaitu sejenis anti-oksida yang berpotensi mengurangkan risiko penyakit jantung kepda anda yang mengamalkannya. Jika membeli tomato, pilih tomato yang mempunyai bentuk dan warna yang paling merah sekali kerana ia mencerminkan kandungan lycopene yang terdapat di dalamnya. Lebih merah tomato anda, lebih banyak kandungan lycopene yang terdapat di dalamnya.

Tomato juga mempunyai anti- oksida vitamin A, C dan E. Perlu diingat, walaupun tomato segar baik untuk anda, tetapi memasaknya member lebih banyak faedah kepada kesihatan anda. Tomato yang dimasak meningkatkan kebolehan tubuh anda menyerap lebih banyak kandungan lycopene yang terdapat di dalam tomato tersebut.



Kekacang
Makanan jenis kekacang amat diminati. Memakan kekacang beberapa kali seminggu mengurangkan risiko menghidap penyakit jantung kepada lebih 39 peratus. Ini kerana, kekacang mempunyai lebih banyak magnesium, protein dan vitamin seperti vitamin B dan E. Menurut Jaclyn Reutens, ahli dietetic bertauliah, kekacang mengandungi monounsaturated fat yang boleh meningkatkan kandungan lemak ‘baik’ di dalam tubuh anda.

 Kekacang seperti badam, dan kacang hazel kaya dengan vitamin E, manakala kacang Brazil mengandungi selenium, kacang pecan pula mengandungi asid ellagic, yang mana ia adalah anti-oksida amat penting untuk melawan penyakit kanser. Gajus dan kacang pistasio mengandungi potassium yang tinggi untuk mengawal tekanan darah manakala walnut pula mempunyai kandungan asid Omega 3 yang tinggi. Jangan silap! Kekacang mempunyai kandungan kalori yang tinggi, tetapi ia bebas daripada lemak. Jangan takut untuk memakan sedikit kekacang di dalam  diet anda.








Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/

Adakah Kafein Dalam Kopi, Baik Atau Buruk?




Kopi mampu memberi kesan baik kepada yang meminumnya jika ia diambil dengan kadar dan cara yang betul.


AROMA YANG KUAT dan juga rasanya yang sedap menjadikan kopi kegemaran ramai. Enak diminum ketika panas, kopi disediakan dari biji benih yang digoreng dari pokok kopi. Namun kopi adalah satu daripada sumber utaman perangsang kafein dan kebaikan zat kopi juga sering dipertikaikan sama ada untuk menyembuhkan penyakit atau menjadi ancaman kepada kesihatan.

Kopi berasal dari benua Afika dan di tuai secara meluas di Negara tropika dalam lading untuk kegunaan dalaman dan di eksport ke Negara beriklim sederhana malah satu daripada tanaman utaman dunia dan bahan eksport utama bagi sesetengah Negara.

Buah kopi berbentuk bulat atau bujur. Antara jenis-jenis kopi tersebut ialah kopi Leberica paling besar dan tidak mudah gugur, jenis Arabica pula bersaiz sederhana tetapi mmudah gugur jika lewat dipetik manakala buah kopi Robusta pula bersaiz kecil dan mudah gugur. Kopi mengandungi kafein iaitu satu daripada 600 sebatian kimia yang terdapat dalam biji kopi.



Apa itu kafein
Kafein ialah sebatian kimia yang dijumpai secara semulajadi di dalam makanan seperti biji kopi, teh,biji koko,buah kola (Colanitida) dan guarana. Kafien terkenal dengan rasanya yang pahit dan bertindak sebagai perangsang kepada sistem saraf pusat, jantung dan pernafasan. Malah kafein juga bersifat diuretic iaitu boleh di kumuhkan melalui pembuangan air kencing.


Kandungan kafein dalam minuman :

  • Secawan kopi mengandungi 100 hingga 150 miligram kafein.
  • Secawan espresso mengandugi 80 hingga 120 miligram kafein.
  • Secawan teh mengandungi 40 miligram kafein.
  • Satu bar coklat mengandungi 20 hingga 60 miligram kafein.
  • Satu botol minuman bergas mengandungi 40 hingga 60 miligram kafein atau separuh jumlah kafein dalam secawan kopi. 




Kesan sampingan kafein


Jangka pendek

Menurut Dr. J.Mursoch Ritchie dalam ‘The Pharmacological Basis of Therapeutics’ kafein mampu menambah keupayaan berfikir, mengatasi rasa mengantuk dan penat tambah Dr. Ritchie, kandungan kafein dalam secawan kopi mampu meningkatkan degupan jantung, melebarkan pembuluh darah untuk membantu aliran darah bagi menjadikan badan terasa lebih segar.

Manakala kesan negative kafein ialah apabila diserap tubuh secara berlebihan akan menjadikan seseorang itu menjadi cemas, gelisah, cepat marah dan insomnia. Manakala pengambilan kafein dalam jumlah yang banyak menjadikannya bersifat racun bagi tubuh. Kesan lain pula ialah muntah dan demam.


Jangka panjang

Pada tahun 1970-an, pernah dilakukan di Amerika Syarikat pada tikus yang minum 12 hingga 24 cawan kopi sehari, boleh menyebabkan gangguan kehamilan. Namun kesan pada manusia tidak dapat di buktikan dengan jelas.



Kesan kafein pada kesihatan

Ulser – kafein dipercayai boleh mengakibatkan ulser kerana bahan ini merangsang penghasilan asid dalam perut. Jika diambil dalam jumlah yang banyak, boleh mengakibatkan perut yang tidak selesa. Individu yang mengalami masalah ulser, dinasihatkan tidak mengambil kopi kerana akan menyebabkan ulser menjadi teruk.


Masalah Jantung – kafein boleh menyebabkan denyutan jantung tak menentu (cardiac arrhythmia) kepada sesetengah orang. Penghidap sakit jantung dinasihatkan tidak mengambil minuman kafein walau tiada bukti menunjukkan kafein adalah faktor penyebab sakit jantung.


Ketagih – kafein boleh membuatkan seseorang itu menjadi ketagih. Jika seseorang ingin berhenti daripada minum minuman berkafein, mereka boleh mengalami simptom pengunduran ( withdrawal symptoms) seperti sakit kepala. Simptom ini biasa dialami oleh penggemar kopi dan sakit kepala ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa satu hingga lima hari atau sembuh semula dengan meminum kopi kembali atau mengambil ubat. Penggemar kopi yang cuba mengurangkan pengambilan kafein akan mengalami rasa gementar, sakit-sakit, tidak berupaya untuk berkerja, lesu, mengantuk dan sakit kepala.

Bagi membuang tabiat ketagihan kafein bukan mudah namun cuba kurangkan pengambilannya setiap hari. Amalkan juga minum air kosong yang banyak serta jus buah-buahan dalam menu harian.



Kafein dipercayai boleh mengakibatkan ulser kerana bahan ini merangsang penghasilan asid dalam perut


Kebaikan kopi

Kafein dalam kopi mempunyai khasiat tertentu jika diambil pada kadar yang betul antaranya:

  • Mengurangkan kanser usus besar sehingga 25% dibandingkan dengan individu yang tidak minum kopi.
  • Mengurangkan risiko sirosis hati sehingga 80%.
  • Mengurangkan risiko batu hempedu sehingga 45%.
  • Mengurangkan risiko penyakit Parkinson antara 50% hingga 80%.
  • Mengurangkan serangan asma sehingga 25%.




Penemuan terbaru mendapati ekstrak kopi mempunyai sifat antioksida semulajadi dan berupaya menjadi terapi bagi melindungi rambut daripada kerosakan akibat terdedah pada sinaran matahari.

Campuran kopi dalam syampu dikatakan boleh menjadikan rambut lebih lembut, hitam dan berkilat.




Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/