Thursday, February 9, 2012

Simptom

 



 Simptom atau tanda-tanda seseorang untuk menghidap kanser tulang bergantung secara umumnya dibahagian mana tulang  kanser  itu berlaku.Namun secara umumnya  simptom yang biasanya berkaitan dengan  kanser  tulang adalah terjadi kesakitan pada bahagian  tulang yang terlibat contohnya sakit yang berulang dibahagian tulang paha yang dating sekali sekala dalam tempoh beberapa hari dan minggu. Tulang mudah patah walaupun terjadi kemalangan yang kecil seperti terjatuh.Ini menandakan berlaku kereputan tulang kepada bahagian-bahagian tertentu badan.Contohnya dalam kes-kes yang saya temui  seseorang itu  disahkan menghidap  kanser  tulang apabila  tulangnya tiba-tiba patah  hanya melakukan aktiviti senaman. Terjadi kebengkakkan pada bahagian  anggota badan umpamanya  pada bahu,paha atau betis.Jika bengkak ini jelas ia menandakan tumor telah menjadi besar kerana  tumor  yang bersaiz kecil tidak dapat dilihat kebengkakanya. Kesukaran untuk melakukan pelbagai aktiviti  umpamanya sakit apabila berlari atau menggerakkan sesuatu bahagian anggota badan. Simptom-simptom lain seperti berpeluh pada sebelah malam,demam yang kerap,kehilangan berat badan secara mendadak dan kepenatan adalah simptom yang jarang berlaku pada pesakit  kanser  tulang kecuali pada  kanser  tulang jenis Ewing’s sarcoma. Namun jika anda mempunyai lebih dari 1 simptom-simptom diatas anda perlu segera berjumpa doctor untuk menjalani pemeriksaan lanjut .

No comments:

Post a Comment