Tuesday, February 28, 2012

Apa itu Biji Apricot Seeds




APA ITU BIJI APRIKOT?











Huraian:
Biji Aprikot merupakan kumpulan kekacang dan bijirin (nut dan seed).  Tidak ada bezanya dengan kumpulan kekacang dan bijirin yang lain.  Apa yang membezakanya adalah kandungan khasiat di dalamnya yang sangat luar biasa, terutamanya ‘Aprikot Organik’.  Dalam bahasa nutrien,  Biji Aprikot  ini di sebut mengandungi Amigdalin, yang juga dikenali sebagai Vitamin B17.  B17 ini dapat membantu membunuh sel- sel kanser dalam badan kita, hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit ganas ini ( kanser  ) yang merupakan pembunuh senyap.

Berdasarkan buku “World Without Cancer”, tulisan G.Edward Griffin,  Biji Aprikot  mentah mengandungi kadar kepekatan B17 yang tertinggi berbanding biji-biji buah yang lain.   Biji Aprikot  amat berkhasiat dan ia menjadi makanan kaum Hunza untuk bebas dari  kanser  , sihat dan lanjut usia sehingga lebih 120 tahun.   Biji Aprikot  paling berkhasiat adalah dalam bentuk mentah, tidak dimasak, tidak dipanggang dan tidak dibekukan.  Antara nutrein yang banyak terdapat pada  Biji Aprikot  ialah enzim Amygdalin atau Laetrile atau juga disebut  Vitamin B17   Tugas B17 ini hanyalah memusnahkan sel asing dan mengeluarkannya melalui perkumuhan.  B17 terdapat dalam banyak makanan, malangnya tabiat pemakanan kita hari ini telah mengenepikan dan mengurangkan penggunaan B17 yang rasanya agak pahit, tetapi berkesan mencegah  kanser  .

Amigdalin ( Vitamin B17 ) juga boleh diperolehi di dalam beratus-ratus jenis tumbuhan.  Dalam diet pemakanan kita harus ada B17.  Jika tiada B17 dalam diet pemakanan kita, kita boleh dihidapi penyakit  kanser  .  Selain dari  Biji Aprikot  Vitamin B17  juga boleh di perolehi dari badam pahit (amigdalin mempunyai rasa pahit - badam manis tidak mengandungi B17), epal pips, benih-benih anggur, sengkuang, buah beri, ubi kayu, keledek, betik, kacang hijau, biji buah oren dan biji benih yang lain.  Juga terdapat di dalam sesetengah rumput seperti gandum dan tunas.

Kajian tentang Amigdalin yang pertama telah dikeluarkan seratus tahun dahulu. Telah disenaraikan dalam kamus-kamus farmakologi, sejak dahulu lagi Amigdalin (B17) merupakan bahan yang tidak mengandungi toksik.  Walau bagaimanapun dalam sebatian B17 terdapat satu unsur kimia yang dinamakan “cyanide“, ia adalah lengai secara kimia dan tidak berbahaya untuk normal tisu hidup.

Vitamin B17 dari  Biji Aprikot  akan bekerjasama dengan sistem imun dan membunuh sel-sel  kanser  secara langsung.  Cyanide akan dibebaskan dari ikatan kimianya yang terdapat dalam B17.  Bila cyanide dibebaskan maka cyanide akan membunuh sel  kanser  .  Secara lumrahnya sel yang sihat tidak terdapat enzim ini. Maka sebab itulah B17 tidak akan bekerja pada sel yang sihat.  B17 hanya bertindak balas pada sel yang tidak normal dalam badan manusia termasuklah sel  kanser  , tumor, jerawat ataupun buasir.

No comments:

Post a Comment