Thursday, February 9, 2012

Penyediaan menu sihat

 



Untuk menyediakan hidangan yang sihat, kita perlulah merancang jenis makanan
yang ingin di makan dan memastikan bahawa makanan tersebut adalah pilihan yang baik. Adakah makanan tersebut mengandungi mineral dan vitamin yang penting untuk kesihatan badan serta diet yang seimbang? Adakah kita memerlukan lebih karbohidrat dan kurang protein atau lebih protein dan kurang lemak? Selain dari perancangan, kita juga perlu memikirkan bagaimana caranya untuk kita menyediakan hidangan. Terdapat beberapa kaedah memasak yang sesuai untuk digunakan; antaranya adalah lebih elok dan sihat untuk memasak dengan menggunakan kaedah membakar, mengukus dan mereneh berbanding mengoreng dengan minyak yang banyak.


Selain itu, kita sebagai ibu bapa juga perlu mempelbagaikan makanan yang kita pilih untuk anak kita, dengan cara ini makanan akan bertambah menarik dan dapat meningkatkan selera anak. Sebagai contohnya, kita boleh menggunakan tomato dan lobak untuk menghias makanan tersebut. Ianya bukan sahaja menambah warna pada makanan malah boleh menghiburkan  anak-anak dengan rekaan wajah yang kelakar.







No comments:

Post a Comment